Hai. Blog dah berwajah baru lebih semangat rasanya nak menulis. Thanks a lot kak YB Shehan. Since sebelum puasa rasanya dia tolong kemaskinikan blog Mimin. Hari ni baru rasa berlapang dada nak buang habuk-habuk. Rasanya kali ni tak ada masalah untuk update 1 hari sekali entri. cehh ! sis cuba. Azam dah ada. Hopefully berjaya. Tapi esok hunjung minggu pulak. hahaha tak jadi lah hari-hari. tunggu nanti terus schedule terus sabtu ahad. haa baru jadi 1 hari 1 entri, Okay citer berbalik pasal tajuk
PENGALAMAN KEDUA BERSALIN SECARA NORMAL
Kalau korang ada baca pengalaman bersalinkan Fayyadh Affan walaupun secara normal tapi ada pre-clampsia. Huish. kena monitor rapat yaa masa berpantang lepas bersalinkan Fayyadh Affan. Alhamdulillah kali ini pengalaman kedua bersalin secara normal lagi tapi bebas pre-clampsia. Alhamdulillah,
Sepanjang mengandungkan adik Fayyadh Affan sedikit mabuk yang sentiasa mabuk sepanjang mengandungkan dia. Sampai termuntah kat lantai tempat kerja sebab tak tahan nak muntah yaa. Disebabkan ada sejarah semasa melahirkan Fayyadh Affan, ubat supplement dari klinik kesihatan pun berlambak ya. Calsium, iron, Folic acid & cair darah. Ada juga ubat yang mimin tak boleh nak telan tapi telan jugak. terseksa juga. Kadang ada juga skip supplement tu. hehehehe
Tarikh jangka bersalin (EDD) adalah tarikh keramat sebenarnya untuk Mimin iaitu 14 Oktober. Tarikh tu merupakan tarikh Mimin kehilangan arwah apak. Dalam pada masa yang sama. Tarikh ini juga adalah tarikhnya Mimin Kovokesyen selepas berhempas pulas nak menjayakan segulung Ijazah. Sampai beranak 2 baru dapat selesaikan belajarnya. hahaha
PENGALAMAN CONTRACTION
Pengalaman contraction kali ni sangat dipermudahkan orang cakap. Pada awalnya False Contraction 2 minggu awal dari tarikh EDD sampaikan minta cuti bersalin awal dengan pengurusan. Alhamdulillah dapat cuti awal sambil layan contraction tak kerap adik baby ni. Sampai pujuk adik baby mainlah dalam perut sampai 14 hari bulan ye adik baby. Taknak lebih. Taknak kena tahan wad lama-lama. Tarikh tu pun ngam-ngam ayah awak hari cuti. Nahh, baby dengar cakap. betul-betul 13 hari bulan adik baby dah start rasa contraction. Mintak ayah bawak bonda jalan-jalan. Bawak pergi McD. Tarikh terakhir jejakkan kaki ke Mcd #FreePal4astine.
Dah sampai rumah, Mak dengan Layla (tante) pun dah sampai kat rumah. pergi toilet tengok panties ada spotting darah. Wahh. ini betul-betul nak bersalin rasanya. cakap dengan Fadhil. Serah diri lepas Fayyadh tidur lah ye. Nahh, Fadhil pun dah sedap tidur dengan Fayyadh tak sampai hati nak kejutkan. Sambil-sambil kemas baju dan bilik sambil melayan contraction makin kerap. Sampai betul betul rasa contraction makin kerap dalam 2:30 pagi kejut Fadhil hantar ke Hospital. Rasa syahdu sangat sebab dapat salam Ibu dengan Mak dan dapat doa dari keduanya untuk bersalin kali ni. Jam 3:00pagi suruh Fadhil belikan roti dengan air kotak supaya nak kasi energy, wah kau sempat fikirkan makanan yee. hahahaha.
DETIK-DETIK CEMAS
Sampai dekat hospital sebelum cari parking Fadhil tanya, nak turun depan emergency ke nak jalan sama-sama. Haaa, kita ni nak cepat urusan bersalinnya dikk. Kita pilih jalan sama-sama ye. hahaha tah lah apa tah perasaan masa tu. Rasa sakit tapi rasa boleh tahan. ehh pelik kau nak tahan-tahan pulak. Lepas tu, baru lah mengada-ngada nak naik wheel chair. MA tanya Mimin ni kekerapan sakit macam mana. Cakap lah 5 minit tu dah tak sampai. Dia tolak kat emergency yaa dik.. tapi kena tolak sebab muka Mimin tak serious. Dia nak muka yang menangis meratapi kesakitan ke macam mana tu. hahaha
|
masa Fella dah longgar sikit SOP ni
|
Selesai cek basic semua dan pendaftaran sempat tengok jam lebih kurang pukul 4 pagi dah dekat PAC room (dewan bersalin punya saringan) doktor macam biasalah kan. Dia punya procedur nak cek jalan tu. dah sampai situ memang tak ada kemaluan dah dik oi. selak je lah apa patut. Doktor cakap dah buka 3cm.. Lepastu doktor suruh pergi bilik sebelah nak tengok scan baby sebab dekat buku pink tu tak ada yang terkini punya scan. Kitanya pun serah diri.. Dalam pada masa baring kat ruang scan tu lama juga. 1 jam lebih kurang ada terbaring kat situ tunggu Doktor pusing dekat Momies lain rasanya pun waktu tu dah nak tukar shift kerja.
Nurse terperasan agaknya Mimin dah tak selesa baring kat situ. Mau taknya. Contraction makin kerap. Nurse tengok bukaan dia anggarkan lebih kurang 6cm dah masa tu. Doktor tadi datang cek semula sahkan yang bukaan dah 5cm. Dah takyah dah nak scan bagai. Terus suruh tukar baju keramat seram sejuk Momies kat luar sana tu. hehehe. Amik masa yaa kat tandas tu. Sebab rasa macam dah cacat kalau kena cucuk jarum kat tangan tuu.
Lebih kurang jam 6 pagi dah masuk subuh tu, jumpa Fadhil maklumkan dia dah kena naik katil bersalin. Salam lah apa-apa hal kang terberanak walaupun dah ada green light untuk teman di labour room. Masih helok bertudung tau masa ni. Masa ni baca doa Nabi Yunus tak lekang dek mulut ni. sentiasa baca dan terus baca. Dengarlah huru hara pertukaran shift berselang seli dengan Momies dah masa nak meneran tu. Sebelah katil tu meroyan rasanya. Sampai dengarkan Nurse membawangkan Momies tu. Sampai tahu itu Momies warga Roghigya. Sampai tumpah darah. Wah takut yaa terus kena operate tak silap sebab Momies tu merentan sabut sakit sakit dan sakit.
|
baby nampak serabut sangat sebab masa ni tengah Kuning dan ditahan semula wad
|
Jam hampir 7pagi.. Disebabkan kes dia, Doktor pantau Mimin inform. "Puan, air ketuban belum pecah kan.. kita pecahkan selepas siap uruskan kes c-sec ya" tak lama tu nurse on call yang jaga Mimin ni pun bagitahu.. "Dik kalau ketuban pecah bagitahu akak ya" baru je jawap Haa. terus Mimin cakap "Kak, rasanya ini ketuban pecah kot" hahahah kelakar. terus Nurse tu tolong panggilkan Fadhil. Punyalah nak Fadhil ada masa bersalin yang jalan terkedek-kedek tu. Sembang jap dengan baby, jap dik sabajap. tunggu ayah. Dengar je suara ayah. Adik terus nak keluar sangat yaa. Sampai Nurse kelam kabut pasangkan air kat tangan.
Masa ni dah jam hampir 8pagi. Nurse cakap, lah betul-betul dah nak keluar ni. Meh sini ayah tengok ni kepalanya. Masa sambut tu, memang berdua je. Fadhil dengan nurse on call tu. Masa nak neran teringatkan masa Fayyadh. Dia suruh teran macam nak poo poo tuu. Sekejap je terus keluar si baby jam 8.09pagi. Fadhil iqomatkan baby & amik uri terus keluar dari bilik bersalin tu.
Lepas selesai bertarung nyawa, dijahit apa yang patut.. sambil baring dengar suasana bilik bersalin tu. makin lama makin sayup. Macam pengsan. Jam 9.00am nak ke 9.30am lebih kurang macam tu tersadai. Bila terjaga ternampak macam ada Doktor intai. terus dia uruskan Min. hahaha macam maklampir dah weyh.
Alhamdulillah. jam 11 lebih dipindahkan wad Postnatal. Pantauan untuk Mimin dengan baby. Pihak hospital benarkan balik hari yang sama 14 Oktober 2023 sekiranya baby dah berak dan dah kencing. Tapi baby taknak berak cepat. Dah nak jam 5 petang baru berak. Barulah boleh Fadhil uruskan keluar hospital.
NEONATAL JAUNDICE
Yaa, baby tak terlepas dari terkena kuning. Sebab Mimin pembawakan Darah jenis O+. Manakala Fadhil pulak darah cemerlang katanya. Darah jenis A. Disebabkan baby masih belum 48jam lahir. Dengan bacaan 10 kuning. Baby kena ditahankan semula ke ward pantauan rapi. Sehari je adik ditahan wad. Dapatlah bonda sambung manja jap dengan nekbu, muahahha
|
thankyou nekbu for treating me well
|
Hampir 2 minggu jugak baby kuning. Mimin campurkan susu badan dan susu formula. Sebab taknak baby kena prolog jaundis. Tak tahan lah hari hari nak ke Klinik Kesihatan amik darah. sian kan kat baby.
Lepas ditahan wad sebab kuning, baby kena follow up check up dekat hospital untuk cek telinga. Mungkin ini prosedur baru baby yang ditahan duduk bawah lampu biru sebab kuning agaknya. Nak tengok tahap gelombang cahaya tu terjejas pendengaran atau tak.