Assalamualaikum, salam sejahtera,
Hari ni mimin nak kongsi sama sama mengenai cara untuk memupuk lagi kasih sayang kita dengan pasangan kita, boleh praktikan juga untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat kita dan dengan orang yang rapat denga kita.
jom ketahui 5 rahsia bagaimana memupukkan kasih sayang antara kamu berdua
untuk jangka masa yang panjang.
1) Sentiasa menghormati antara satu sama lain
Rahsia yang perlu kamu tahu untuk mengekalkan hubungan kamu dengan si dia adalah, saling menghormati antara satu sama lain.
2) Sentiasa beri kejutan
Apa kata kamu beri sedikit kejutan istimewa padanya seperti menghantar kad ucapan, bunga, hadiah atau sebagainya. Si dia pasti akan terharu dengan kejutan yang kamu buat itu.
3) Ambil berat tentang keluarganya
Tunjukan sedikit keperihatinan kamu terhadap keluarganya. Dengan bertanya khabar tentang kedua ibu bapanya si dia pasti dapat mengagak bahawasanya kamu memang benar-benar ikhlas mahu bersamanya.
4) Berkorban demi hubungan
Selain daripada sentiasa mengucap kata-kata cinta pada si dia, pengorbanan kamu juga membuktikan bertapa besarnya cinta kamu padanya. Bak kata orang “berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa”.
5) Luangkan masa bersama
Tiada salahnya jika kamu berdua curi sedikit masa untuk keluar bersama contohnya seperti makan malam atau mungkin juga menonton wayang. Elakan daripada membiarkan hubungan kamu berdua tergantung tanpa tali. Takut-takut sang kekasih hati berubah hati pula.
2 Comments
berbunga-bunga sekrang nie haha
ReplyDeleteBab 'memberi kejutan' ni tak berapa nak setuju takut lepas terkejut terus TERKUJAT. Tak dapek nak menolong lepeh tu Cik mimin ;-)
ReplyDelete