UJIAN DAN DUGAAN: TANDA ALLAH SAYANG | Allah tak akan memberikan ujian sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapi ujian-ujian Nya. Maka, berlapang dada menghadapi ujian yang diberinya. Mimin aggap itu adalah permulaan hidup. Kalau itu pun tak mampu nak hadap, macam mana nak melangkah ke alam yang lebih mencabar.
Disaat whatsapps masuk ke dalam notiication. Perasaan yang bercampur baur. Alhamdulillah. Mimin dah dididik dengan BERSABAR. dan mimin dah aplikasikan ketika mimin ditimpa musibah. Syukur Alhamdulillah, cikgu-cikgu, ibu bapa, kawan-kawan ajar apa yang dimaksudkan SABAR.
Ketahuilah, Mulut orang kita tak akan dapat sesekali tutp melainkan kita pergi soletip, stepler, jahit, zip, dan gam mulut dia betul-betul. dan mereka akan menjawab "ALLAH BERI MULUT UNTUK BERCAKAP" jadi, lantak pi laa orang sejenis macam ni.
Macam mana pula dengan tangan yang menaip? Takkan nak potong tangan mereka daripada berhenti menaip ataupun menulis? Memang tidaklah ! Mereka terus menaip dan terus menulis selagi mereka mampu.Mimin tak dapat jugak nak berhentikan mereka dari terus mencemuh dan membiarkan mereka terus berani di alam maya.
Tapi, Mimin percaya akan qada' dan qadar, Kun fa ya kun, What you give, you get back. Mimin percaya teramat percaya. Suatu hari nanti, mereka akan menerima lebih teruk dugaan daripada dugaan yang Mimin dan family members bloggers ^.^
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (As-Shuraa, 42: 32-33)
1 Comments
sabar tu kunci segalai kesulitan. teruskan berdoa, perlahan-lahan Allah akan permudahkan :)
ReplyDelete