| RAKYAT JOHOR PUN RAMAI YANG TAK TAHU KEWUJUDANNYA. Sebenarnya tasik terlarang ini tidak bernama, ia digelar 'TASIK BIRU' kerana airnya yang berwarna biru dan memukau sesiapa yang melihatnya. Rata-rata masyarakat Malaysia termasuk penduduk negeri Johor sendiri tidak mengetahui kewujudan tasik indah yang tersembunyi ini.
Sebelum ini alamcyber2020 ada membuat posting berkenaan sebuah tasik biru dan bercahaya di Indonesia yang dinamakan Tasik Kaco. Rupa-rupanya di Johor pun ada Tasik Biru yang sangat memukau mata memandang. Subhanallah! Indahnya Tasik Biru ini. Pasti ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri keindahan tempat ini apatah lagi tasik berwarna biru dikatakan amat sukar ditemui di tanah air kita. Dikatakan tidak ada yang mampu berenang dan timbul setelah masuk ke dalam Tasik Biru ini.
Malangnya, keindahan tempat ini bukan mudah untuk dinikmati, selain lokasinya tersembunyi, tasik ini merupakan tasik larangan kerana berbahaya untuk mandi manda disebabkan ianya terlalu dalam sehingga kita tidak mampu untuk berenang dan menurut penduduk setempat tidak ada yang boleh timbul jika masuk kedalam tasik larangan ini. Indah tapi tersembunyi dan terlarang...Walaupun cantik dan menakjubkan, Sayangnya Tasik Biru ini tidak dapat diwartakan sebagai tempat pelancongan atas sebab-sebab tertentu.
Bukan mudah untuk sampai kesini, terpaksa mendaki bukit...tapi hasilnya memang berbaloi-baloi. Pengunjung tidak melepaskan peluang berposing di Tasik Biru sebagai kenangan. Menurut pengunjung yang pernah ke tasik biru ini, pemandangan tasik larangan ini sangat menakjubkan hingga segala penat lelah melalui jalan yang curam serta berbatu ke kawasan tersebut seolah-olah hilang dibawa angin sejurus tiba. Antara pengunjung yang berjaya ke Tasik Biru setelah bersusah payah mendaki bukit. Tasik yang terletak berhadapan Universiti Kuala Lumpur Mitec, di Pasir Gudang ini sememangnya bukti keindahan ciptaan Ilahi.
Tasik tidak bernama Plan lokasi ke Tasik Biru yang tersembunyi dan terlarang. Ia turut dikenali juga sebagai Tasik ‘Love’ kerana mampu membuatkan pengunjung jatuh cinta sebaik sahaja memandangnya.Pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama 'DCM Magazine' pada december 2013. Dengan tajuknya 'The Blue Lake of SeriAlam' Gambar keindahan Tasik Biru ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama 'DCM Magazine' pada december 2013. Dengan tajuknya 'The Blue Lake of Seri Alam
1 Comments
Subhanallah, cantiknya :')
ReplyDelete