Sampai-sampai Nusajaya, aku terus direct ke Legoland Malaysia Resort sebab dalam jadual pukul dua petang dah kena pacak kat depan kaunter ticket. Tapi mana Gaya Travel dengan semua geng-geng blogger lain? hahaha.. kelakar betul. Padahal check in dulu kat Somerset Medini. Patutlah takde muka-muka diaorang kat Legoland. Nak check in dulu, kereta pulak dah park. Sekali masuk RM10. Sayang jee nak keluar semula.
Hotel Somerset Medini, Nusajaya
Hotel Somerset Medini ni, betul-betul bersebelahan dengan Legoland. Tak dapat nak duduk dekat hotel Legoland T.T ... Belum ada rezeki. Setiap kali datang Legoland mesti Full House. Memang pening mula-mula nak mencari Somerset Medini ni, sebab bangunannya betul-betul bersebelahan dengan Afiniti Apartment. Tapi seriously best sangat Hotel Somerset Medini. Hotel ni baru je dibuka awal tahun 2016. Masih baru sangat-sangat tau. Jadi, kalau korang datang Legoland, Hotel Legoland penuh. Mimin cadangkan Hotel Somerset Medini dijadikan tempat penginapan korang sepanjang di Nusajaya, Johor.
Hotel Somerset Medini, Nusajaya yang terletaknya di Johor Baharu. Antara hotel eksklusif di Nusajaya yang kian pesat membangun sebagai bandar moden di Negeri Johor. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan banyak tarikan lain. Sudah semestinya Legoland Malaysia Resort. Mengambil masa hanya 10 minit dengan berjalan kaki ke Legoland Malaysia. Kalau sayang lemak, Hotel Somerset Medini, Nusajaya menyediakan perkhidmatan shuttle van ke destinasi korang.
Memang memukau pandangan bila dah jejakkan kaki kat Hotel Somerset Medini ni. Selesa sangat bermalam di Hotel Somerset Medini. Tak payah risau tentang keselamatan bila dah ada kat Hotel Somerset Medini. Hotel Somerset dilengkapi dengan sistem keselamatan yang terkini. Kalau ada apa apa sebarang masalah, pergi je dekat receptionist dekat front desk. Staf-staf Hotel Somerset Medini sedia membantu 24 jam.
Benda wajib kena tengok lepas bukak pintu semestinya katil. Perghh. Semuanya lengkap dengan air-cond, televisyen, meja, sofa nak santai santai semestinya ada WiFi laju dan percuma. ohh yee ! ada hair drier. Tak perlu bawak benda-benda berat masa bercuti.
Paling best pasal bilik air di Hotel Somerset Medini, ada timbang berat badan. Haha. Jenis seorang Mimin pulak, berjalan ke Legoland tak naik shuttle van. Excited ! Sampai sampai bilik terus ke bilik air timbang berat badan. Tapi ! Hampa betul. Berat turun 1kg je. Lepas tu makan dah back to basic. hahaha...
Err, puas tak kalau tengok gambar macam ni ? Tak puaskan. Lupa tersangatlah lupa nak amik gambar dapur yang bebetul. Tapi nak bagitau.. Kalau stay lama dekat Legoland ni, jangan lupa beli barang dapur siap-siap. Sebab, di Hotel Somerset Medini menyedikan kelengkapan penuh untuk memasak, Microwave, peti sejuk, kuali periuk belanga semua lengkap. Tinggal masak atau bawak balik bungus makanan, makan kat bilik pun takde masalah.
Kemudahan yang disediakan (Hotel Facilities)
Tak payah acah-acah cuti nak pergi gym yaa. Sebab kat Hotel Somerset menyediakan kemudahan untuk korang nak berpeluh. Semua lengkap disediakan. Sambil-sambil tu, kalau ada anak-anak. dekat tingkat 1 juga ada tempat anak-anak bermain.
Lepas penat gym atau layan anak-anak kat tempat mainan tu, boleh release tension dekat swimming pool sambil sambil tengok garden view. Juga di tingkat 1.
Untuk tempat letak kereta, semestinya berbayar. RM10 sepanjang tempoh mennginap di Hotel Somerset Medini. Boleh keluar masuk. Janji bawak resit masa mula-mula masuk parking tadi. Bila nak chek out, jangan lupa untuk minta chop di receptionist.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Somerset Medini Nusajaya
Address:
Lot 5 Jalan Medini Utara 4
Medini Iskandar Malaysia
79200 Nusajaya Johor
Malaysia
Tel:+60 7 560 5555
Fax:+60 7 560 5556
Phone Reservations:+60 7 287 1005
Email: enquiry.nusajaya@the-ascott.com
4 Comments
mmg cntik hotel dia.
ReplyDeleteboleh try duduk sini nnti ni :)
bestlah hotel ni. semua ada... in sha allah kalau ke sana nanti boleh lah menginap di sini.
ReplyDeletemenarik untuk dicuba...kot nanti nakpi legoland
ReplyDeletesyoknyaa. infinity pool ke tu ? k la next time g legoland sgah tdo sini jela. gaya cm syok je
ReplyDelete