Perhentian Kecil, Terengganu | Pulau yang makin digalai ramai orang. Termasuk aku laa tu orangnya. Wishlist dari zaman Diploma lagi tau. Akhirnya, tercapai jugak hajat nak jejakkan kaki di Perhentian Kecil, Terengganu ni dengan diorang ni Mera Hussain, Emas Putih, dan Hanis. Percutian Budget ni dibawakan khas dari Perhentian Kravers. Disebabkan entry aku ni ber part part panjangnya. korang kena bersabar ye. Sebab dihujung part akan aku list kan berapa budget aku keluarkan sepanjang tempoh aku berada disana.
Hari Pertama | Bahagian 1
Tak boleh tidur kau ! excited punya pasal. Haha. Sebelum subuh lebih kurang dalam pukul 4 pagi aku dengan kakak aku dah keluar nak amik emas putih sebelum ke lapangan terbang KLIA 2. Mera dengan Hanis dah bermalam dekat KLIA dah. Point meet kiteorang kat Starbucks dekat dalam. Sampai sampai sana terus masuk standby nak berlepas. Sebab, Emas Putih dia tak sama flight. Dia awal sejam dari kiteorg.
Sementara tunggu gate bukak |
Ohh ya ! Sebab mengapanya kami amik flight. Sebab kami taknak panas punggung naik bas. Lama jugak perjalanan ke sana kalau naik bas ke naik kereta ke. Besar costing nya. Flight Air Asia menjadi pilihan. Perjalanan hanya mengambil masa 1 Jam lebih. Semestinya semasa perjalanan ke sana aku dibuai mimpi yang indah.. Sampai dah nak landing pun tak sadar. Ngantuk punya hal.
Alamak, tak ingat pulak masa touch down pukul berapa. Ni aku nak kasi Tips sikit. Kalau nak ke Pulau Perhentian naik flight. Pastikan korang destinasi korang tu Lapangan Terbang Pengkalan Chepa tau. Jangan pulak korang amik Lapangan Terbang terengganu pulak. Jauh dan lari budget nanti.
Setibanya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa tu, perkara pertama kiteorang buat kena cari Emas Putih. Haha. Sebab dia dah lama sampai. Harap di tak lemau kat situ. Dari Lapangan Terbang ke Pulau Perhentian, Jangan risau macam mana nak ke sana kalau korang berurusan dengan Perhentian Kravers. Perhentian Kravers dah sediakan perkhidmatan ni semua untuk pelanggan kesayangannya.
Okay, disebabkan aku paling last. Maka, akulah orang yang kene duduk sebelah driver. Disebabkan oleh itu, maka aku layankan kembali mataku. Haha. Perjalan ambil masa lebih kurang 1 jam jugak kot. Tak pasti. Yang pasti, buka buka mata je dah sampai kat Jetti Kuala Besut, Terengganu. Hahaha. Perangai sangat kau Mimin.
Setibanya sampai kat Jeti Kuala Besut, Terengganu. Macam orang sasau sikit. Sebab baru bangun tidur sepanjang perjalanan. haha. Call pihak perhentian kravers. Dia suruh kita tunggu sekejap. Maka, sebelum bergerak, cari tempat untuk memenuhkan perut. TIPS | jangan isi perut sebelum sampai ke pulau. Haha. silap besar isi perut dulu. Nasib baiklah kami takde mabuk lauk. Boatnya laju menentang alunan ombak. Maka, yang rajin mabuk laut tu.. Di nasihatkan jangan isi perut dulu okay..
Lepas je Mujahid dengan Mirul Incharge kami, Kami pun naiklah boat. Muka nampak gembira dan berhuhu laa kan. Start je boat ni gerak. Takde dah muka macam ni. Memasing muka ketat takut tercampak kat kaut, haha. Ada videonya. Nak tengok ke ? Nanti aku upload sini. Tunggu data banyak sikit.
Setibanya di sana, susah nak ceritakan ni. Sebab korang kena jejakkan kaki sendiri kat Pulau Perhentian ni. Sangat sangat tersangatlah cantik airnya. Rasa macam masalah duniawi diluar sana dapat aku lupakan kejap.
So, teaser sikit je dulu gambar gambar air laut di tepian pantai. Lepas ni nak masuk certia day first part 2 pulak. Di mana, aku dengan kawan kawan panjat windmill kat puncak pulau ni. See you soon. Btw, gambar yang ada muka kami bertiga berempat tu, aku credit kepada Mera Hussain. Masa ni, camera dia paling cun. Okaylah, Mimin gemoks nak bersantap. ^.^
5 Comments
Untunglah die
ReplyDeleteRindu perhentian. Rindu eid, mirul and abg mat. Hahaha.. Nk repeat lagi.
ReplyDeletewahhhhh.cantikknya:)
ReplyDeletekalau naik bot pun saya selalu takut tercampak bila dilambung ombak hahah
ReplyDeletecantiknyaaa air kat sana.. memang memanggil2 suruh terjun berkubang.. kalo CT pun macam prefer naik flight lagi kot. tak larat jugak journey naik bus lama2..
ReplyDelete