Wahh
.. lama betul macam tak review movie. Padahal rajin jugak pergi tengok movie.
Tapi, selalunya tengok dah hujung-hujung. Macam tak kena kalau nak update dah. Haha.
Kalau bab tengok movie kat panggung akan pilih cerita imaginasi atau pun hantu.
Aksi kureng sikit. Bising bunyinya. Hahaha. Cerita yang paling panas yang aku
baru tengok Haunted House Hill. Okay, entry kali ni tak banyak gambar.
Haunted House On The Hill
Berkisahkan
tentang Emily baru sahaja beli rumah
jauh daripada kejiranan untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik untuk
adiknya Zach yang lumpuh teruk berbentuk Cerebral Palsy. Awal-awal je
dah Nampak pelik dengan orang bank tu, kalau boleh tak nak terangkan pasal
rumah tu dan terus belah je dari rumah tu lepas dapat duit. Cakap pun kemain
kelamkabut macam keretaapi. Hahaha.
Masuk-masuk
rumah je, ada 1 patung display di ‘wrapping’ dengan bubble yang boleh
picit-picit tu. Membe dia si wood.. apa aek nama betul dalam citer tuu lupa
dah. Suka sangat main tu, sampai awek dia suruh simpan. Bila dia simpan dalam store
kat bawah, dia tutup lampu je ada orang main letup-letup jugak. Cehh. Suspen betul.
Malam
pertama, diorang lepak-lepak laa dekat rumah tuu. Lepastu dalam masa dia
lepak-lepak tu dia ada terjumpa sign/symbol pelik dekat keliling tingkap rumah
tu. Tujuannya nak kemas rumah tu. Dalam masa diorang tengah kaji berkaitan
symbol tu, si Emily ni lupa laa nak kasi ubat untuk adik dia. Bila masuk je
dalam bilik adik dia, dia tengok adik dia dapat tidur lena. Makanya, dia lupa
nak kasi adik dia ubat.
Esok
paginya, apa yang mengejutkan adik dia yang disable teruk tu mampu duduk dan
mampu berjalan beberapa langkah. Emily teruslah pergi call doctor. Doktor cek,
dan nak bawa adik dia p klinik. So okay lahh. Diorang empat sekawan pun sambung
kemas rumah. Sambil-sambil tu diorang gossip. Haha. Biasa laa tuu kan..
Doktor
yang nak merawat si zach ni, orang kat situ-situ je. Mungkin dia tau pasal
rumah lama ni. Sebab masa diaorang kemas rumah.. terjumpa symbol besar dekat
dinding. Si Emily ni nak call doctor tu sambil-sambil nak Tanya keadaan adik
dia Zach tuu. Doktor tu sebenarnya dah mati pun, dan Zach jalan kaki sendiri
balik rumah
Sampai
rumah, si zach duduk. Emily mintak membe dia amikkan air untuk zach sebab dah
jauh berjalan. Membe dia letak je air tu, terus si Zach ni pergang perut si
membe ni. Zach ni cakap, ada bende
bernyawa dalam perut ni. Sama macam yang pernah dia buang dulu. Fuhhh ! deep
betul. Terus perempuan tu down nangis-nangis p bilik air. Ada 1 suara hasut suruh buang..
Ehhh..
dah laa.. korang pergi laa tengok sendiri cerita tuu. Apa kesudahan yang
berlaku terhadap Emily, zach dan lagi tiga orang kat rumah tu. Huhu…
0 Comments