Maksud Import, Eksport dan Entrepot
Sejak kerja kat tempat kerja yang sekarang ni, semua kena maklum dengan perkara-perkara asas untuk jual beli dalam dan luar negara. Sebelum ni ada jugak belajar. Tapi tak terperinci. Maka, jom ler kita sama sama memorise semula apa yang kita belajar dulu. So, Yang ini kita kenal-kenal dulu dengan word di bawah ni
Definisi Perniagaan Import
Membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain. Suatu import adalah merupakan apa-apa barangan (contohnya satu komoditi) atau perkhidmatan yag dibawa ke dalam sebuah negara dari negara lain di dalam satu kaedah yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi kegunaan di dalam perdagangan. Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh penghasil. Satu import di dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara penghantar.
Definisi Perniagaan Eksport
Menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain. Export adalah suatu kegiatan pemindahan barang dari tempat asal ke tempat lain. Dalam dunia perdagangan, pengertian Export adalah proses pengiriman atau penjualan barang dari dalam negeri dengan tujuan luar negeri. Di mana dalam kegiatan export tersebut tidak terlepas dari proses dan aturan yang berlaku di negara tersebut dan melibatkan berbagai pihak. Baik itu instansi swasta meupun negeri.
Definisi Perniagaan Entreport
Aktiviti mengimport barang dari negara asing, diproses atau disimpan dan dieksport semuala ke negara lain. Peniaga entreport memproses semula barang import sebelum dieksport.
Definisi Import Nyata
Membeli barang berbentuk fizikal dari Negara luar. Pembelian barang berbentuk fizikal dari luar negara merupakan import nyata.
- Barang pengguna - kasut
- Barangan pelaburan atau modal - mesin
- Barangan perantaraan
- Barangan import untuk dieksport
Definisi Import Tak Nyata
Membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara luar. import
tak nyata merupakan pembelian perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara.
- Pengangkutan dan insuran
- Pelancongan
- Pelaburan
- Perkhidmatan lain
Definisi Eksport Nyata
Menjual barang berbentuk fizikal ke negara yang lain
- Barangan pertanian - Contoh : Getah, minyak kelapa sawit
- Barang galian - Contoh : Bijih Timah, petrolium
- Barang perkilangan - Contoh : TV
Definisi Eksport Tak Nyata
Menjual perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada negara luar untuk meningkatkan nilai barang- Pengangkutan dan insuran
- Pelancongan
- Pelaburan
- Perkhidmatan lain
--------------------------------------
okay, next entry Mimin dah update apa itu Free Trade Agreement (FTA) atau bahasa melayu sebut Perjanjian Perdagangan Bebas.
8 Comments
Bila baca entry Mimin teringat subject Perdagangan.. Refresh my memory Mimin 😊
ReplyDeleteWaahhh good info... xpernah tau pon maksud yg lain2 such as entreport tu... x amek subjek cmni dlu...huhu
ReplyDeletekita pun dh tak berapa ingat..memeng kene google balik
ReplyDeleteMohon share ye. Halalkan ilmu yang diberi.
ReplyDeleteMohon share ye. Halalkan segala ilmu yang ditulis ni 😊
ReplyDeleteassalm
ReplyDeleteboleh tolong saya tak untuk cari bahan nie
-definisi import .komposisi import utama malaysia
.negara import utama asean
- definisi eksport . komposisi eksport utama malaysia
. negara eksport utama asean
maaf kak kalau menyusahkan tapi saya kena buat nie untuk kerja kursus saya
sekian terima kasih
kalau boleh replay cepat2 ye kak
assalm
ReplyDeleteboleh tolong saya tak untuk cari bahan nie
-definisi import .komposisi import utama malaysia
.negara import utama asean
- definisi eksport . komposisi eksport utama malaysia
. negara eksport utama asean
maaf kak kalau menyusahkan tapi saya kena buat nie untuk kerja kursus saya
sekian terima kasih
kalau boleh replay cepat2 ye kak
boleh beri vontoh barang entrepot tak masih tak nampak lagi maksud dia
ReplyDelete