JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU 1)

[27 JANUARI 2018 | MINGGU 1] Aku berjaya menghadirikan diri sesi  ke Dataran Batu Pahat. Hari pertama dah buat masalah, pergi Tasik Y. Terang-terang info bagi tahu buat dekat dataran Batu Pahat, Degil jugak pergi ke Tasik Y. Kahkahkah.  Kelam kabut aku dibuatnya bila aku call kawan aku Eyma tapi tak jumpa-jumpa dia. 


JK1M - TEAM BATU PAHAT

Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Siri ke 10. Untuk siri ke sepuluh ni, aku berpeluang menyertainya. Kenapa aku pilih Batu Pahat ? Sudah tentu aku memang asal Batu Pahat. Takkan pula aku pilih  Muar atau Senggarang pulak. Jauh tuu nak ke sana. 

Coach Sue & Adiba
Suhaila iaitu Team Leader Batu Pahat atau lebih mesra panggil Suelopa. ehemmm. hahahaha bukan Zouk tau ! Tersangat best dan sporting.
Data Peserta JK1M - #teambatupahat

Untuk minggu pertama, Coach sue buat sesi pengenalan. Di mana, coach Sue akan ambil data untuk hari pertama. Data apa tu? Data berat badan, ukur lilit badan serta ujian kecergasan (test fitness) setiap individu. Takdelah Coach Sue nak perhatikan satu-satu, sudah tentu kami buat dalam kumpulan. gitteww
Sesi perkenalan
Sesi Membawang.. ehh ! tak tak sesi pengenalan juga
Walaupun kami terdiri dari pelbagai umur semua positif. Semua kawan-kawan baru yang sporting.  Menariknya JK1M Batu Pahat khas untuk peserta wanita je. Memang tak terasa langsung malu dan masa berlalu. 

KENAPA SERTAI JK1M?


Masuk-masuk dalam group JK1M BP Rangers je dah ada yang bertanya. "Dah kurus dah tu dik.. Nak kurus macam mana lagi" hahahaha. Adeh kak.. Kenapa ibu aku cakap aku gemok.. Bukan ibu jee anak buah aku pun cakap "ateh mok" Apa kakak-kakak dalam group Whatsapp tuu tak nampak ke aku membesar..


Haaa, tekalah berat aku berapa.. Tak dapat jawab tak tahu nak cakap apa. Terang terang gambar kat atas ada tunjuk berat aku berapa. Hahahaha. Okaylah, berat aku untuk hari pertama serta JK1M ni 55.3kg. Ramai orang cakap berat ni sebenarnya dah kurus. Aku pun yakin masih kurus. kahkahkah. Sebab BMI aku normal. Tapi, aku tak nak angka 5 ni. Aku nak patah balik ke size asal aku angka 4. Bukan itu je, aku masuk JK1M ni antara satu sebabnya nak tahu cara pemakanan yang betul yang tidak perlukan pil-pil kurus. Kira tak takutlah kalau makan tapi tak bersenam.

Dah lama tak buat ujian kecergasan ni. Boleh tahan jauh ke dalam laut jugak fitness aku tu. Hahahaha. termengah-mengah dan menggigil satu badan. Memang betul orang cakap, beauty is pain

JK1M Team Batu Pahat


JK1M Team Batu Pahat

Sebahagian peserta dari Batu Pahat. Ialah, masing masing ada banyak komitmen perlu diutamakan. Tak dapat hadir hari ini mereka datang pula esok untuk perkara yang sama aku buat pada hari ini. Okay, ini kisah minggu pertama di hari pertama ya. So, Next aku akan ceritakan minggu yang seterusnya. 

-----------------------------------------------------

Jangan sedih kerana terlepas peluang untuk JK1M musim ke10 ni, Sentiasa update dengan info JK1M musim ke 11 akan datang yaaa! 


Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

3 Comments