Cabaran Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia program selama 6 minggu bakal bermula tidak lama lagi. Ia adalah program kurangkan berat badan terbesar di Malaysia. Jangan risau kerana program ini akan berlangsung pada bulan 11 Ogos - 22 September 2018 bagi musim ke 11 dan pendaftaran dibuka sekarang!
Kawasan-Kawasan JK1M
Program Jom Kurus berjalan serentak di lebih 150 kawasan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Antara senarai pilihan negeri-negeri mengikut zon termasuk luar negara iaitu Brunei dan Singapura. Setiap
kawasan ada pemimpin pasukan yang tersendiri tetapi setiap peserta akan
dapat bimbingan Kevin Zahri melalui seminar Jom Kurus percuma.
JK1M BATU PAHAT | TEAM SUE
JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM BATU PAHAT diketuai oleh Coach Sue. Program ini tidak semestinya hanya untuk orang yang obesiti,
tapi mempunyai berat badan berlebihan dan nak mulakan kurangkan berat
badan dengan aktiviti yang sesuai seperti group training, sukan, senaman
outdoor, bengkel pemakanan, Zumba dan lain-lain.
Coach Suhaila telah menjayakan Jom Kurus 1 Malaysia musim 6, 7, 8, 9 & 10 di kawasan Batu Pahat. Yang menariknya, team sue hanya untuk perempuan sahaja. Alhamdulilah semuanya berjaya. Apa yang lagi menyakinkan untuk korang yang dari Batu Pahat pilih coach sue kerana Coach Suhaila pemegang Diploma in Sports Studies, Degree in Sports Science, Sports massage level 1, CPR course advance level, coaching level 1, Kursus kepimpinan rekreasi luar level 2. Wow! Bidang pengkhususannya dalam strength & conditioning, rehabilitation, nutrition, sport biochemistry, biomechanic, athletic training, exercise physiology etc.
JK1M Batu Pahat Suhaila | Peserta berjaya menurunkan berat badan
Coach Sue telah berjaya membantu menurunkan berat badan peserta lebih kurang 100 orang. Berkonsepkan 80% pemakanan 20% senaman adalah asas untuk penurunan berat badan. Coach Suhaila mengutamakan pemakanan yang betul untuk peserta di samping teknik senaman yang betul. Dia akan berkongsi segala nutrisi info yang berguna dan boleh digunakan selepas habis JK1M11.
Apabila bersenam beramai-ramai, ia akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada anda bila anda dikelilingi dengan individu-individu yang berdedikasi tinggi dan mempunyai target yang sama. Selain memberi galakan kepada diri sendiri, korang turut mendapat sokongan daripada kawan-kawan lain yang turut sama menjalani latihan dan bekerja keras bersama-sama.
AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM JK1M
Ini adalah program Jom Kurus yang KESEBELAS. Dah 11 kali Jom Kurus 1 Malaysia ni berjalan pun korang masih tak sedar kewujudan program ini kan? Jadi sila ambil peluang join program yang ke 11. Apa yang korang kena tahu mengenai Program Jom Kurus ini?
- Program selama 6 minggu yang bermula dari 27 Jan - 10 March 2018.
- Bagi Team Batu Pahat, kawasan latihan adalah sekitar Dataran Batu Pahat, Tasik Y, Bukit Soga, Bukit Payung, Bukit Berdiri dan ia akan berubah mengikut kesesuaian aktiviti dan keadaan cuaca.
- Aktiviti RASMI adalah pada setiap SABTU dan AHAD.
- Kelas tambahan pada setiap hari RABU MALAM. Tapi, Coach Sue rajin ya amat. Kadang -kadang dia akan bagi kita buat assignment.
- Waktu training jk1m11 BP ( LADIES ONLY )
SABTU 7.30AM- 9.30AM
ISNIN 8.15PM- 10.00PM
RABU 8.15PM- 10.00PM
- Setiap aktiviti selalunya mengambil masa selama 2 Jam.
- Timbang Mingguan akan diambil setiap minggu iaitu hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad. Mengikut kesempatan korang. Sebab Johor cuti tak sama (Paling menakutkan)
- Pada Yang Baru lepas bersalin tidak sampai setahun perlu dapatkan khidmat nasihat doktor/atau khidmat nasihat dari COACH/TeamLeader.
- Ada apa-apa kecederaan seperti Slip Disc, Gout, Asthma, Sesak Nafas, Masalah Jantung, Tekanan Darah Rendah, Hypertension, Mudah Pitam dan lain lain masalah sila maklumkan kepada Coach/TeamLeader.
- Jangan risau, latihan yang dijalankan adalah amat bersuaian untuk semua golongan.
Team Batu Pahat di bawah Team Leader Suhaila akan jalankan aktiviti seperti Bodyweight training, Circuit training, Weight training, Functional training, Tabata, Hiking, Zumba, Bootcamp, Metafit, Kayak, Seminar dengan kevin zahri .
Bila korang menyertai JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM BATU PAHAT, korang juga akan dapat Percuma E-Book From Kevin Zahri yang amat berguna sebagai panduan untuk korang mendapatkan tubuh idaman korang. Selain daripada itu, apa yang bagus mengenai Program Jom Kurus 1 Malaysia ini:
- Kita akan dilatih oleh Certified Coach/ Trainer (Certified Bodyweight Fitness Instructor).
- Program ini akan mengajar kita tentang Nutrition Plan dan Fitness Plan.
- Hanya Rm300 untuk yuran penyertaan dan untuk 10 Peserta Terawal akan dapat diskaun 10% selagi tawaran masih ada.
- Peserta yang menyertai kali kedua dikenakan caj bayaran sebanyak Rm240 sahaja. Diskaun 20%.
DAFTAR SEKARANG WARGA BATU PAHAT !
Buat apa-apa saja, mesti berguru dan berilmu. Jangan ikut Google atau YouTube. Mungkin cara diet tu, sesuai dengan dia. Bila kita cuba, tak menjadi. Disinilah pentingnya ilmu. Apa yang pasti, korang pasti akan seronok dalam menurunkan berat badan dan sihat bersama keluarga Fitness JK1M TEAM BATU PAHAT! Paling penting diet tersebut mesti betul, tak perlu ikat perut tak makan nasi. Ishh! tak boleh betul aku tak makan nasi.
Website :- Jom Kurus 1 MalaysiaContact :- +6018-2208768 Coach Sue
2 Comments
All the best Mimin. semoga mimin dapat mencapai berat badan yang diidamkan
ReplyDeletetak sabar nak join JK1M musim ke11 ni. heeee
ReplyDelete