Hujung minggu lepas, aku ambil peluang untuk escape dari dunia yang sibuk. Merehatkan kepala dari fikirkan kerja di pejabat dan assignment yang masih tak siap. kah ! Ternyata apa yang aku gambarkan adalah memang benar. Bukan sekadar indah khabar je tau. Tapi kenyataan. Kau boleh rasai sendiri dengan menginap 1 malam disini pun jadilah weyh. Ada beberapa aku nak credit kan pada Kak Min, kak Yanty dan FF
THE HUT, SERKAM MELAKA
THE HUT menawarkan tempat penginapan yang unik dikelilingi perkampungan Melau disamping udara yang nyaman dan penuh nilai-nilai tradisi. Ia dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu.
KONSEP THE HUT
Terletak 25km ke Selatan Bandar Melaka dan 5 km ke utara Bandar Merlimau sangat sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga dan tempat mengadakan majlis-majlis keraian. The Hut mengetengahkan konsep 'kampung' menawarkan kepada kita tempat penginapan yang bersih, tenang dan nyaman. Sesuai sangat untuk dijadikan tempat menghilangkan tekanan dan berehat disamping keluarga atau rakan-rakan.
KADAR BILIK DI THE HUT, SERKAM
Kat sini ada 5 buah bilik, 2 bilik dengan 1 queen dan 3 bilik dengan 2 katil single. Aku dapat bilik 1 queen. Memang sangat selesa untuk beristirehat di sini.
Harga berbeza untuk hari biasa dan cuti sekolah juga berbeza harga untuk harga harian dan hari hujung minggu.
- Musim Biasa (Normal Season)
- mana mana bilik hari biasa (RM 160.00) dan hujung minggu (RM 180.00) - Musim Cuti (Holiday Season)
- mana mana bilik hari biasa (RM 180.00) dan hujung minggu (RM 200.00)
KEMUDAHAN THE HUT
Di The Hut, mereka menyediakan kemudahan untuk keperluan dan keselesaan kita sepanjang tempoh kita menginap di sana. antaranya:
- Bilik berhawa dingin
- Pemanas air
- Kelengkapan asas - tv, iron, sabun shampoo dll
Dapur/ruang makan |
- Dapur yang lengkap
- Tempat BBQ
credit: ohmedia |
- Sewaan Basikal
- Wifi Percuma
- Tempat letak kereta
Agak-agak akan ada kekurang lagi tak korang rasa bila menginap kat sini? Kalau setakat takde pengering rambut tu, hangpaa bawak laa sendiri dari rumah. Itu bukan 1 keperluan asas dah. Itu dah 1 kehendak diri sendiri. hahahha
Terima Kasih buat Kak Uzu dengan FF yang kasi rehatkan kepala ni kejap. Tak lupa juga buat The Hut dah kasi tempat yang paling ohsem ni untuk escape. hehehe
Cara tempahan
Untuk membuat tempahan bilik atau tempahan kawasan The Hut untuk majlis keraian korang tu, berikut adalah details nya :
- Layari www.thehutmalaysia.com
- Hantarkan pesanan whatsapps ke nombor +6012-320 2611
------------------------------------------------------------
Info Lanjut :
Instagram : @thehutmalaysia
Facebook: The Hut
Alamat : M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka
8 Comments
wow... cantik tempatnya, bestnya tenang je
ReplyDeletebila nak ajak kita pulak :p
ReplyDeleteLama plan nak g tapi tak pergi-pergi pun..
ReplyDeleteMy partner and I stumbled over here coming from a
ReplyDeletedifferent website and thought I should check things out. I like what I see so now i'm following
you. Look forward to looking into your web page yet again.
Doees your site have a contact paցe? I'm haѵing а tough timе locating іt
ReplyDeletebut, I'd ⅼike to sеnd you an e-mail. I've got some ideas for yօur blog yοu might bе interested in hearing.
Either way, ɡreat website and I look forward tߋ seeing it grow oveг time.
Gօod article. Ӏ сertainly love tһis site.
ReplyDeleteThаnks!
Іts ѕuch ɑs you learn my mind! Youu ѕeem to grawsp а lot about this, lіke you
ReplyDeletewrote the eboook inn іt оr somethіng. Ӏ feel tһat you simply cоuld do wіth some peгϲent to
drive thе message һome a littke Ƅit, h᧐wever instead of thаt,
that is magnificent blog. Ꭺ great read. I will ceгtainly be back.
There's definately a great deal too find
ReplyDeleteout about this topic. I likе alll thе points yoou mаde.