Swanicoco memulakan perniagaan dengan sabun semulajadi menghasilkan sabun dengan proses penapaian dimana penggunaan herba medikal dipilih untuk menjadi sabun semulajadi yang berkesan dengan mendidih dan menapai bahan-bahan tersebut. Pada masa ini, Swanicoco adalah kosmetik semula jadi syarikat di Republik Korea. Untuk permulaan Swanicoco akan berusaha menjadikan produk yang terbaik sebagai ahli keluarga untuk memastikan kosmetik yang dihasilkan selamat untuk digunakan pada kulit wajah.
2018 the hottest brand in Korea
Juliet Red Lipstick Limited Edition
Perkataan "Natural" di bahagian atas logo Swanicoco bermaksud bahawa mereka adalah yang mewakili syarikat kosmetik semulajadi. Bunga peony di tengah melambangkan kelimpahan dan keanggunan. Pada bahagian bawah logo, "Swanicoco" bermaksud kita mengejar keanggunan "Swan" (feminin), dan "coco" bermaksud "kelapa" (seperti yang kami tawarkan kosmetik semulajadi botani) serta "cuteness" dalam bahasa Perancis. Identiti jenama mereka menunjukkan bahawa mereka adalah syarikat yang bekerja keras untuk memastikan kosmetik semulajadi ini bukan hanya untuk wanita malahan untuk lelaki dan juga semua orang.
Rahsia kecantikan | Bahan- Bio Penapaian
Teknologi proses penapaian yang digunakan sama sahaja seperti proses penapaian makanan. Semasa proses penapaian, partikel menjadi semakin halus dimana ianya meningkatkan kadar serapan pada kulit. Tambahan sebagai komponen semulajadi ianya tidak akan memberi kesan iritasi pada kulit. Semasa penapaian, nutrisi yang tidak wujud sehingga sekarang seperti asid amino dan anti-oksida akan terhasil untuk merawat kulit rosak dan mencegah penuaan. Swanicoco menggunakan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan juga herba medikal Korea sebagai bahan utama dalam proses penapaian ini dan menyatupadukan bioteknologi ke komponen semulajadi mesra alam dengan membaikpulih kulit wajah. Selain daripada air yang bersih, Swanicoco menggunakan ekstrak penapaian sebagai proses utama sebanyak 80% di dalam kosmetiknya. Proses teknologi penapaian akan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa.
Penyelidikan bioteknologi semulajadi
Swanicoco tidak menggunakan bahan yang berbahaya pada kulit seperti pewarna tiruan, wangian tiruan, pengawet kimia, streoids, alkohol, minyak mineral, paraben dan juga benophenones. Malahan banyak menggunakan bahan semulajadi dan proses penapaian supaya komponen semulajadi tidak menjadi konflik antara satu sama lain apabila dicampur. Kaedah campuran yang optimal telah menghasilkan kosmetik semulajadi yang selama, bebas hipoalergik, lembut dan ideal untuk semua jenis kulit dengan kesan pembaikan yang maksimum pada kulit.
Natural Korean dan bahan yang dipatenkan ( bahan semulajadi di Korea dan bahan dipatenkan dari pelbagai negara)
Bahan utama Kosmetik Swanicoco diekstrak sama ada dari tumbuhan semulajadi Korea; bahan dipatenkan dari Eropah termasuklah Perancis yang telah membawakan Swanicoco sebagai bahan kosmetik secara global di pasaran; ataupun secara organik bahan yang telah diluluskan dari US dan Australia. Swanicoco dihasilkan secara selamat dan memberi kesan yang bagus dengan faktor pertumbuhan Epidermal (EGF), Faktor pertumbuhan Fibroblast (FGF) dan peptida protin.
Bahan-bahan Juliet Red seperti :
Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850
Edisi terhad : Show The Velvet Lipstick edisi hitam
Juliet Red merupakan antara 3 warna yang terang, berani, lembapan yang tahan lama dan mampu melembabkan bibir dengan bahan daripada minyak semulajadi dan lilin carnauba.
Juliet red adalah warna yang berani dan elegan sangat sesuai untuk digayakan ketika berada di tempat ramai orang supaya personaliti nampak lebih terpancar. Sebenarnya warna ni tak berapa kena dengan warna kulit aku. Haa laa, aku cuba pakai dan ibu aku cakap wow! merah makngah.. hahaha. yee sayang. Merah menyal. Yang seronoknya lipstick Swanicoco ni long-lasting. Itu bermaksud tahan lama sesuai untuk aku yang malas nak touch up semula bila keluar tuu. Yang penting mudah nak hilangkan bila kita dah sapu kat bibir tuu.
Di Malaysia baru dilancarkan lipstick Swanicoco kod Red Juliet ni, aku akan tunggu keluaran kod kod yang lain. ehh ehh ! tak sabar pulak.
50 Gram memperkenalkan Swanicoco
50GRAM merupakan syarikat tunggal yang pertama memperkenalkan produk Swanicoco di seluruh negara. Syarikat lain akan melancarkan Swanicoco pada masa yang akan datang. Pada 30 Ogos 2018 50 GRAM x Swanicoco telah bekerjasama dengan mengadakan Majlis menandatangani secara Peribadi di Sunway Impressoul Gastrology sebagai memorandum persefahamam. Produk Swanicoco juga telah melancarkan jualan bermula pada 18 September 2018 dengan harga RM88.85 je.
Korang akan dapat harga jualan secara ekslusif dari 50GRAM, 25% diskaun untuk beli Juliet Red, Gincu percuma dan boleh tinggal di Villa untuk pemenang dengan hanya daftar di sini http://referral.50gram.com.my/ref/hs16048328
Info Lanjut:
Swanicoco x 50GRAM
Facebook @50grammalaysia
Instagram @50gram.com.my
2 Comments
bestnya natural lipstik ni
ReplyDeleteCantik warna dia..macm kena bibir denagn semua kulit
ReplyDelete