MINGGU KEDUA CABARAN JOM KURUS 1 MALAYSIA

Hai, teruja tak bila kau dicabar hanya 6 minggu untuk kurangkan berat badan? haa tentulah teruja. Kalau kau dibawah coach sue ni, dia bukan sahaja tertumpu kepada workout tapi dia mengutamakan pengambilan makanan yang seimbang. Ehh! kalau korang tak workout tapi jaga pemakanan still ada penurunan berat badan tau. Kau tak payah potong nasi. Maksudnya kau masih makan nasi tapi berat badan kau turun. 

KONSEP SUKU SUKU SEPARUH


Kita sebenarnya dinasihatkan supaya menggunakan konsep 'Suku-Suku Separuh' dalam memilih aneka jenis makanan tak kira makan kat luar atau pun masak dirumah. Kita perlu memastikan suku pinggan diisi dengan nasi, roti atau sumber karbohidrat, suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, atau daging dan separuh pinggan lagi diisi dengan sayur dan buah-buahan. Air kosong juga merupakan pilihan terbaik berbanding minuman berkarbonat. Amalan ini bukan sahaja membantu mengawal berat badan malah dapat mengelakkan pembaziran makanan

Pengetahuan Grocery yang selamat ketika membeli  

 
 
Belanja di pusat membeli-belah benar-benar menyeronokkan, kerana tempatnya bersih, produknya diatur dengan kemas, banyak pilihan produk dan sering ada program diskaun. Satu perkara yang perlu diingat bukan untuk bersenang-senang ketika berbelanja tapi perlu waspada berkaitan hal-hal nutrition fact. 



Haa bukan main petik jeee masuk dalam troli tau. Tapi setiap yang korang masukkan adakah selamat untuk di masukkan dalam badan kita ni. Haa, untuk grocery season dai coach sue, kami buat dekat Aeon Big Batu Pahat.

Contoh 3in1 yang boleh korang amik. tak semua kopi 3 in 1 ni tak bagus.

Johor Fiesta bersama Kevin Zahri



Seperti season lepas, season kali ini juga peserta Jom Kurus 1 Malaysia dapat berjumpa dengan idola mereka dalam menjayakan turun berat badan mereka. Masuk adalah percuma bagi peserta JK1M11  cuma perlu hadirkan diri bawa badan & soalan soalan yang bermain dalam fikiran untuk kurus.  


Johor Fiesta JK1M ditempatkan di Kompleks Sukan, Hospital Permai Johor Bahru, Johor pada 18 Ogos 2018. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bersama Program Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Go Slim) & Pelbagai jualan & pameran kesihatan akan berlangsung di sana.

plank

Crunches

gigih muka

muka pirana. ehh ! hahaha

hahaha sejenis mimin muka beriaya

Coach Sue guide kami
Banyak juga aktiviti pada hari tersebut. Morning Walk, Seminar bersama Kevin Zahri, Sharing Success Story bersama, Team Leader Lieza & Isna, Fun & Games bersama Ad Halim, TABATA bersama Coach Nizam, Bhangra Dance bersama Coach Ani, Zumba bersama Zin Zana, Special Performance dari Celebrity Fitness bersama Coach Aliff (Flexibility & Mobility Training). 

-----------------------------------------------------------

Apa kata JK1M musim ke 12 korang pulak rasai semua ni. Seronok tau. Sambil kau capaikan target untuk kurus sambil tuu kau dapat ilmu yang betul untuk capai tubuh badan yang sihat disamping kawan-kawan sama visi dan misi macam kita. giteww.

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

2 Comments