JUMPA WANY HASRITA DI MAHKOTA PARADE, MELAKA

Haritu, sebenarnya dekat Batu Pahat haritu ada perasan Wany Hasrita datang. Tapi terlampau crowded sangat masa tu, cuma tengok dari tingkat 3 je. Tak tahu apa event ada time tu.. Hello !! Wany Hasrita kot, siapa tak kenal. Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31).

SESI BERAMAH MESRA BERSAMA WANY HASRITA

Sabtu lepas, aku berpeluang jumpa dengan Wany Hasrita dalam sesi beramah mesra anjuran Himalaya di Guardian Mahkota Parade, Melaka. Ehh ehh, happy belated birthday Wany Hasrita


Dapat tahu awal jugak Wany datang dekat Mahkota Parade haritu, ehem.. duduk depan-depan pentas kaww ! hahahaha. Serious havoc masa show Wany kat atas pentas dengan nyanyian dan Q&A berkaitan produk Himalaya. 

Bila emcee dia keluar, kompom jap lagi Wany keluar

Keluar-keluar, Wany panggil peminat naik pentas.. 

Selingan, mestilah Wany nyanyi.. Kalau tak kena baling telur siapa nak jawab.. ehh hahahhaa tak tak

Tuu dia, bawak sebakul hadiah untuk peminat Wany Hasrita. Siapa dapat jawab soalan dapat 1 Produk dari Himalaya

Ehh ! Jumpa Kak Long KBBA9 lah. Wahh.. power jawab soalan berkaitan produk Himalaya, Aiolls jeles uuu

Tak lama pun dekat pentas tu, tapi bukan habis setakat tuu je. Wany bawak kami (peminat dia) ke Guardian, Mahkota Parade untuk dekat lagi bersama peminat. Sambil membeli barangan Himalaya sambil tu dapat tandatangan dan bergambar bersama Wany Hasrita.

Full House Guardian Mahkota Parade hari tu
Dapat sign Wany letteww.. 



Tak putus peminat Wany ni

Ehh! tak kira umur ye peminat Wany ni
Ehemm! Aku dapat grab produk Himalaya. Time ni ada sales. 

OIL CONTROL LEMON FACE WASH BY HIMALAYA

Takkan nak tengok Wany je dengan tangan kosongkan.. Dah alang-alang pencuci muka kat rumah dah habis aku nak cuba pula pencuci muka Oil Control Lemon Himalaya ni pergi dia macam mana.


Best jugak pencuci muka ni, bau dia pun best wangi jee. Himalaya Oil Control Lemon Foaming Face Wash adalah pembersih wajah dengan kandungan lemon yang berfungsi menenangkan kulit muka. 

Fungsi Oil Control Lemon Foaming Face Wash Himalaya


Siapa yang rasa tak rimas kalau muka asyik melekit sebab minyak. Selain tu, keyakinan diri pun rasa kurang. Aku cuba pakai Himalaya Lemon Face Wash dan aku gunakan setiap hari untuk hilangkan minyak berlebihan supaya jerawat tak bertandang. Selain mengawal minyak berlebihan di muka, ada fungsi lain tau.. Antaranya:

  • Bebas sabun, formulasi herba yang lembut membersihkan wajah. 
  • Diadun dengan Lemon, astringen 
  • Ejen penyejukan, dan Madu, yang mempunyai semulajadi, 
  • Pembersihan muka, cuci muka meninggalkan kulit anda bersih tanpa merasa kering dan tegangkan kulit muka

Bahan Utama Himalaya Oil Control Lemon Face Wash


  • Lemon mempunyai kesan menenangkan dan astringen secara keseluruhan. Asid sitrik yang terdapat dalam Lemon menyala dan melembutkan kulit anda. Ia juga membantu menghilangkan bintik-bintik dan bintik-bintik umur dan menghilangkan blackheads. Lemon menghilangkan kotoran dan kotoran dan kulit akan berasa lembut dan licin.
  • Madu sangat bermanfaat untuk kulit kerana ia menarik air bagi mengekalkan kelembapan serta menyediakan makanan kepada kulit. Ia juga merupakan antiseptik semulajadi kerana ia mengandungi agen antimikrob yang membunuh bakteria

Cara Menggunakan Himalaya Oil Control Lemon Face Wash


Haa, cara gunanya macam biasa kau cuci muka tuu haaa dengan lembabkan muka tuu dulu dengan air bersih. Lepas tu, ambil sedikit Himalaya Oil Control Lemon Face Wash.. Kemudian, apply ke muka perlahan-lahan dalam pergerakkan bulatan. Seperti selalu, dah belai-belai muka tu, bilas dengan air bersih ke muka tadi dan lap muka sehingga kering. Gunakan 2 kali sehari sekurang-kurangnya. Kalau nak pakai banyak kali yee suka hati kau. Takde masalah pun.. Lagi bagus, hahahaa. 

Cara Dapatkan Produk Himalaya


Guyss ! tak susah pun nak cari produk/barangan himalaya ni. Korang boleh dapatkan terus di Guardian berdekatan korang. Haa ! mudahkan. Tapi tak pasti kalau kat pasaraya biasa maca pasific ke aeonbig ke ada jual ke tak. Tak pasti.




Harga mampu milik okay, ikutlah budget korang masatu. Sebab ada pelbagai size dan pelbagai harga. Sebenarnya baru jadi pengguna Himalaya sebab Wany Hasrita. kahkahkah. Takpekan kalau macam tu? Tapi aku dah jatuh hati dengan produk Himalaya ni. Recommended tau..

Review Himalaya Oil Control Lemon Face Wash by Mimin Adam

Himalaya Oil Clear Face Wash datang dalam tiub telus dengan topi terbuka berwarna hijau gelap. Cuci wajah kelihatan cukup baik. Ia mempunyai semacam tema aqua. Mencuci muka mempunyai gel seperti konsisten dan berwarna hijau laut. Terdapat beberapa granul biru kecil yang dilahirkan di dalam gel basuh muka. Lemon Wash berbau seperti sabun sedikit sebanyak. Ia juga berbau seperti madu sedikit! Secara keseluruhan, ia mempunyai jenis yang baik-baik saja tetapi bau yang menyegarkan. Tetapi ya, bau tidak begitu ringan.


Mencuci dengan baik dengan hanya saiz kacang cukup untuk digunakan untuk seluruh muka dan leher. Biji-bijian kecil yang di apply ketika mencuci muka tidak mengganggu sama sekali. Aku ingat biji kecil tuu macam scrub bila apply ke muka.. tapi ketika menggunakan, biji biru kecil tu tak rasa pun. 

Selepas menggunakan mencuci muka, aku dapat lihat Himalaya Lemon Face Wash sangat membersihkan kulit wajah dan menghilangkan setiap bekas minyak, gris, kotoran dan bersinar.




Ehemm ! sebenarnya aku dah grab sabun baby Himalaya sebab anak buah nak datang rumah. So, aku macam excited nak mandikan diorang ni. Mula-mula aku mandikan si baby Feeya gendut tuu, si abang Miqa tengok macam seronok agaknya sabun Baby Himalaya ni, naahh ! Tak sempat bukak pempers dah masuk bilik air main sabun Babu Himalaya tu. hikss...

------------------------------------------
Info Lanjut:

Website : Himalaya Malaysia
Instagram : himalayamalaysia
Call : +603-756 7012


8 Comments

  1. Untunglah Mimin dapat bergambar dan posing dgn Wany Hasrita.

    Ruby pun minat dia ;)

    Bestnya pencuci muka yang bebas sabun. Kulit tak lah rasa tegang kan

    ReplyDelete
  2. Kak Nina dah lama pengguna tegar produk Himalaya ni. Best, harga berpatutan dan paling best kualiti terbaik. Nanti nak try laaa cleanser lemon macam Mimin lak.. Macam best jer tengok..

    ReplyDelete
  3. Aku minat betul dengan wany hasrita ni...

    ReplyDelete
  4. Best tak dapat jumpa wany? Hehe.. between Kak Dura pun suka gak Himalaya ni.. affordable price gitu

    ReplyDelete
  5. minat dgn wany juga..bestnya jumpa wany hasrita..produk himalaya mmg terbaik

    ReplyDelete
  6. wah untungla dpt jumpa wany..dahla dia cantik dan peramah..produk himalaya memnag best..tertarik la dengan face wash lemon ni..ade bijik2 tu ape

    ReplyDelete
  7. Bagus produk-produk cosmoderm ni.

    ReplyDelete
  8. Best produk Himalaya ni, harga pun berpatutan!

    ReplyDelete