Lepas ni dah tak boleh dah cakap tak tahu apa-apa pasal makeup. Hikss. Sejak jadi Althea Angel ni, sentiasa up-to-date dengan barangan makeup.. Walaupun tak reti lukis kening lagi, bila masuk bab pembersihan rasa macam tak seronok bila gunakan pembersih biasa. Kebanyakkan cleanser tak cover menyeluruh makeup muka. Sebab tu wujud makeup remover untuk tanggalkan makeup harian kita. Kalau tak habislah muka tuu.
PORE PURYFYING SERUM CLEANSER
Baru-baru ni, selain Stay Fresh Body Sparkling Mist Titi Kamal.. Althea juga mengeluarkan produk baru iaitu Pore Puryfing Serum Cleanser membantu mengeluarkan kotoran dari dalam liang dan mengekalkan keseimbangan pH kulit yang sihat.. Semestinya aku dah cuba sendiri.
CARA MENGGUNAKAN - Pore Puryfing Serum Cleanser
Seriously aku suka dengan hasil selepas mencuci mekap dengan menggunakan cleanser ini. Memang 100% dapat menanggalkan kesan mekap. Ini cara guna Cleanser dengan betul.
Langkah buang kesan makeup
Langkah 1: Tuangkan cleanser tadi yang mencukupi ke tapak tangan.
Langkah 2: Urut produk seluruh kulit dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan dengan air. Korang juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya kekotoran.
Langkah untuk membersihkan kulitLangkah 2: Urut produk seluruh kulit dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan dengan air. Korang juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya kekotoran.
Makeup belum ditanggalkan |
Lembabkan kulit dengan clenser |
hasil yang memuaskan! makeup tidak tinggalkan kesan |
Langkah 1: Melembabkan kulit dan gunakan cleanser yang mencukupi ke telapak tangan.
Langkah 2: Urut perlahan-lahan produk seluruh kulit dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuh dengan air.
Kelebihan Pore Purfying Serum Cleanser
Ia menghalang kulit daripada mengeringkan dan berkesan meminimumkan liang-liang yang diperbesarkan, menjadikan ia licin ke sentuhan. Produk ini juga membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia bekerja dalam bentuk hujung! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.
Bahan utama :
Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat
Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit
PORE PURYFING CLEANSER ALTHEA KOREA - REVIEW BY MIMIN ADAM
Bila aku mencuci makeup dengan Pore Purifying Cleanser Althea Korea, takde sebarang radang berlaku walaupun dalam kandungan Serum Cleanser ada mengandungi citric asid dan juga fragrance, dan baunya sangat soft, bila di sapu pada wajah, bau tu tak sengit pun sebab tak kuat dan tak menusuk hidung
Kalau letak kat tangan pun lembut lagi licin, inikan pula kalau apply kat muka. Serious macam dah tak perlu pakai pencuci muka. hepp! still kena pakai untuk jaga kulit muka kita tauu... Aku memang sangat mencadangkan korang untuk beli Pore Purifying Serum ni..
-------------------------------------------------------
Cara dapatkan pun tak susah, harga pun tersangatlah berbaloi dengan hasilnya. Hanya RM33 (150ml) Pakai pun berapa titik jekan. Agak-agak berapa bulan boleh habis? Dapatkan Pore Purifying Serum Cleanser sekarang !
0 Comments