Hai korang! tahu tak tak semua pau sedap tau. Aku pernah beli pau kat memana RnR. Paling mengecewakan kalau dapat pau yang keras inti sikit dan paling sedih macam makan roti bukan makan pau T.T Disebabkan sedap betul pau ni,, aku buat review ni seikhlas hati . Jom support perniagaan bangsa kita, bangsa melayu
PAU MIRA FROZEN FOOD
Pernah tak kau terfikir untuk jual pau.. Nahh! inilah tempatnya kalau kau nak beli borong sekali banyak untuk jual boleh untuk makan sendiri boleh untuk hidangkan semasa majlis besar pun boleh. Pau Mira Frozen Food yang membekalkan pelbagai perisa seperti pau daging, pau ayam, pau kacang, pau blackpaper cabonara dari pau mini sehingga pau besar.
Bukan setakat pau sahaja tau dia jual, makanan frozen yang lain juga turun jual di sini seperti karipap frozen, otak-otak, satey dan banyak lagi..
Balik je dari kilang dia, hahaha! macam biasa aku terus tak sabar nak mengkukus pau-pau hasil tangkapan di Pau Mira Frozen tuu.
inti kaya - gebu dan penuh intinya |
Perfect Pau ! sedap tau.. |
SENARAI PAU DI PAU MIRA FROZEN FOOD
Apa pau yang dihasilkan di Pau Mira Frozen ? Ehh banyak tau.. meh aku senaraikan pau yang terdapat di sana:
Pau mini daging |
Pau keladi juga terdapat 2 (besar-6 biji / mini-12 biji)
|
Pau durian - terdapat 2 size (besar-6 biji / mini-12 biji) |
Pau Daging Blackpaper |
Pau Ayam Blackpaper |
Pau Sambal Bilis |
Pau Carbonara Cheese Ayam |
Pau Ayam Sambal Serai |
Pau Blueberry |
Pau Kacang Peanut |
Pau Sardin |
Pau Coklat |
Rasanya ada banyak lagi, kau boleh datang ke sini sendiri untuk lihat apa inti kegemaran korang yaa!
Pau Mira Forzen Food kini berwajah baru
Pau Mira Ia telah diusahakan oleh sebuah keluarga di Kampung Tanah Merah, Johor. Pada mulanya sebelum Pau Mira dibangunkan, ia dijual di seberang jalan di bawah payung. Tetapi sekarang jenama pau terus berkembang dalam industri makanan apabila usahawannya, Misnan Ramijo Berjaya dalam mendirikan sebuah syarikat untuk membekalkan sejuk beku yang semakin popular.
------------------------------------------------
Info Lanjut :
Alamat :
KM13,KAMPUNG TANAH MERAH MERAH, PAGOH, Muar
Email :
paumirafrozenfood@gmail.com
Contact :
012-743 4086
Business Hours :
8.30 pagi - 6.30 petang (hari-hari kecuali Rabu tutup)
4 Comments
Sedapnyaa pau carbonara itu
ReplyDeletewah macam-macam pau ade ye.nampak sedap..gebu pulak tu
ReplyDeletetakde cawangan ke :D
ReplyDeletemesti beli ni
ReplyDelete