TUTORIAL MAKEUP MENGGUNAKAN ALTHEA MAKEUP

Fuhh, nebes wakk kita nak buat tutorial. Tak confident nak tunjuk kat sekalian alam hasil makeup sendiri. Hope boleh improve lagi selepas ni. Ya Allah tangan tak ada seni bantui Nabilah Ya Auloh. 

KOLEKSI DARI ALTHEA KOREA
Bila Althea release produk makeup, wahh! ai olss nebes tak karuan. Excited gilerr babe. Mostly produk keluaran Althea Korea sentiasa memikirkan penggunanya Sebab tu dia sangat best dan paling penting murah dan kualiti tiptop macam Neelopa. eheek ! Paling terbaru eyeshadow pallet hasil kolaborasi Althea X Bunga Cinta Lestari. Warna dia fullaaaamaakk cun habis..

UNBOXING ALTHEA STUFF
Hasil tangkapan dari Althea aku dapat 4 set produk ni jee akan hasilkan muka aku bertukar jadi pwincess yasmin tanpa menggunakan barangan lain. Harap harap tak mengecewakan. Tapi jaranglah Althea mengecewakan aku.. takpernah mengecewakan.. Antara hasil tangkapan aku :-
  1. Eye shadow Soonrise & Moonrise
  2. Flawless Creamy Concealer
  3. Spotlight Eye Glitter
  4. Watercolor Cream Tint

Flawless Creamy Concealer      

Spot ini paling best sebab ianya mampu menutup segala jerawat dekat muka. Elehh 1! Bukan banyak pun jerawat kat muka kau mimin. Ehh ehh walaupun tak banyak tapi menganggu pemandangan indah. Dan boleh tutup mata panda kau tuu haa.. Tak sampai 3 minit muka kaww kelihatan flawless.. giteww 
Harga: RM15.00
Terdapat 4 shades , dari warna cerah hingga lah gelap , #01 Vanilla , #02 Ginger , #03 Honey dan #04 Mocha. Concealer ni bukan untuk tutup cela je, aku jadikan conceal kening. Menggunakan apa adanya dengan bahan yang sedia ada. Eh sebelum tuu aku letak seperti biasa  serum muka, moisturizer sebelum memulakan makeup ni.

Cara Penggunaan Concealer; 
LANGKAH 1 : Calitkan ke kawasan spot seperti di bawah mata, di sekitar hidung atau di mana sahaja kawasan yang ada cela di muka. Kemudian ratakan dengan jari atau span.
LANGKAH 2 : Gunakan warna yang lebih cerah untuk di bahadian mata dan kontur dengan warna yang lebih gelap untuk membentukkan wajah. 
LANGKAH 3 : Gunakan berus halus untuk meratakan kawasan yang sukar seperti sudut mata, bibir dan cela kecil. Nak lagi senang gunakan beauty blender.

Eyeshadow Pallet Sunrise & Moonrise by Bunga Cinta Lestari X Althea

Tak tahulah step aku ni betul ke tak, lepas aku buat kening tadi.. Aku buat eye shadow. Eye shadow aku pakai Eyeshadow koleberasi Althea x Bunga Cinta Lestari. Paling jujur, bahagian mata aku cuma pandai buat eyeliner dan mascara jee. hikss. Maaf laa kalau kau tengok badut jap lagi..

Harga ; RM140.00

 Warna semua l Eyeshadow ni memang cantik giler warna ndia pigmented tak tipu hokeyy..  Terdapat 8 warna tersedia. Ada shimmer ada matte, I loikee..  



Spotlight Eye Glitter

Haaa, yang ni paling susah untuk aku apply kat mata. ahhahhaha! Lepas tepek eye shadow tadi baru aku apply Spotlight Eye Glitter ni sebagai cantikkan mata aku lag. Bagi mata tuu mengerlip kasi cik abang tak kelip mata tengok mata kita. 


Harga : RM 24.00


Ada dua warna iaitu #01 Gold dan #02 Pink 


Eye Glitter #01 Gold

Eye Glitter #02 Pink

Watercolor Cream Tint

Okay bab ni simple, anak buat aku pun pandai guna. hihi. Aku memang guna tint lip jenama lain sebelum ni. Selepas aku guna watercolor cream tint dari Althea. ehekk ! tak pandang dah brand lain punya tint lips.


Harga : RM 20.00
Sapu sikit je kat lips dah nampak dah.. Warnanya agak pekat sikit. Ada 4 warna tersedia iaitu #01 Plum,  #02 Strawberry, #03 Peach dan #04 Marron. Semua lawa warna dia jadi semua aku suka. Kalau habis memang aku akan beli lagi. Memang recomended ! Eh.. jangan tak tahu, boleh jadikan sebagai pemerah pipi (blusher) tau. Haaa. Murah pun murah multipurpose pun iyee produk dari Althea ni..






#01 Plum
#02 Strawberry
#03 Peach
#04 Marron

Makeup Tutorial Althea Brand by Mimin Adam


Haa video boleh tengok kat youtube channel iolss okay.. Kalau tengok gambar kat atas ni macam ye ye jee kan . hahahha.  So taraaa ! hasilnya badut ke pwincess. hahahaha



-------------------------------------------
Info Lanjut

2 Comments

  1. cantek sgt eyeshadow dia..ada melayang duit ni nnt haha

    ReplyDelete
  2. best sgt produk althea ni...alaa pandai dah tu mekap...cun dah tu heheheh

    ReplyDelete