Perut Kempis dengan Surya Apple Cider Vinegar campuran Madu

Hello, bila mimin nak kurus ni belum berakhir episod tau. hahaha. Tak semestinya perut besar tuu mengandung. Sentap pulak kite yang tak kawin ni. hehekk ! Tapi tak semestinya kurus tak ada masalah perut kembung. Aku siap menekan-nekan perut ni keluar angin sentiasa.

Pernah dengar sebelum-sebelum ni Cuka Epal mampu mengatasi masalah perut kembung. Ingatkan murah-murah. Sekali tengok harga dia boleh tahan sampailah aku terjumpa Apple Cider Vinegar ni. 


Apple Cider Vinegar

Tengok ramai bagitahu, dekat Lazada tengah ada promo Apple Cider Vinegar ni. Cepat-cepat aku grab tak nak lepaskan peluang lagi dah. Ini kali pertama aku minum cuka epal ni. Sebelum ni ibu aku ada jugak beli.. tapi dia habiskan sorang-sorang tak hello hello pun. hahaha


KELEBIHAN APPLE CIDER VINEGER

Apple Cider Vinegar keluaran Surya Malaysia ni ada campuran madu, rasanya tak  ada la masam sangat, masam-masam manis macam tengah makan epal giteww.. ACV ni sesuai untuk kita yang memang nak sangat turunkan berat badan atau pun diet, cuba dan amalkan sebagai minuman.. dan banyak sangat kelebihan Apple Cinegar Vinegar ni antaranya:

  • Detox
Cuka epal ini sangat penting untuk membuang toksik dalam badan kerana memilki kandungan yang sangat baik dalam membantu tubuh membuang segala toksik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. (hari ni dua kali buang toksik berat. kehkehkeh)

  • Menurunkan Berat Badan
Mengandungi zat di dalam cuka epal yang dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dengan mencampurkan 2 sudu besar cuka epal dalam air suam dan membuatnya sebagai minuman rutin, yang penting jangan lupa minum air masak banyak-banyak
  • Menjaga kesihatan sistem pencernaan
Sebelum start minum ACV ni, aku dah beberapa hari tak memerut. Perut dah keras dan kembung. Bila aku start minum ACV ni, tak pula terus memerut. Tapi, esoknya terus boleh nak buang air besar. Kerasan jugak, almaklumlah dah beberapa hari tak memerut. 
  • Membantu melegakan sakit tekak 
Khasiat madu yang ada dalam cuka epal ni mampu merawat sakit tekak dan batuk dari terus berlarutan...
  • Mengatasi merendahkan paras glukosa darah 
Apple Cider Vinegar boleh menurunkan kadar gula dalam darah, ia dapat mencegah dari berlakunya diabetes.

- membantu mengatasi masalah penghadaman
- membunuh bakteria dalam tubuh badan
- menurunkan paras kolesterol dalam darah
- menjadikan rambut lebih sihat
- boleh menggantikan minuman kordial
- menggantikan asam jawa dan gula

RAMUAN APPLE CIDER VINEGAR



Di perbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi, juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi

CARA MINUM SURYA APPLE CIDER VINEGAR

  • Masukkan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar (30ml) dalam secawan air (180ml)
  • Minum selepas makan
  • Boleh jadikan bahan pengawet semulajadi 
  • Boleh gantikan asam jawa dengan Apple Cider Vinegar dalam masakan

Aku minum Apple Cider Vinegar ni selepas makan. Semestinya boleh minum macam tu je.. Tapi aku tak suka bau dia. So, aku campurkan kedalam segelas air kosong selepas makan. Di sarankan dari pengeluar 2 sudu sekali minum. Tapi, aku risau jugak sebab nama pun cuka kan, jadi aku ambil 1 sudu dan campur ke dalam minum aku. 

PENDAPAT MIMIN TERHADAP SURYA APPLE CIDER VINEGAR



Lepas minum AVC ni minggu pertama, memang perut jadi ringan. Mahu tak ringan, hari pertama minum ni, macam keluarkan bola dari perut yang dah lama tersimpan sebab pencernaan makanan tak bagus. Bukan tu je, kurang rasa asyik nak mengunyah je mulut ni. Cuma memang tak suka bau dia. Tapi mana mana cuka epal akan bau macam ni. Sebab tuu macam susah sikit nak konsisten. hikss

---------------------------------------------------
Info lanjut:

Aku dapatkan Apple Cider Vinegar dengan campuran madu di LAZADA, Shopee, Watson dan farmasi yang berhampiran


0 Comments