TEBING LANGIT SEKUPANG, BATAM | SPOT BERGAMBAR (FOTO) UNTUK PELANCONG

Sebut berkaitan dengan percutian di Indonesia. Apa yang akan kau akan fikir tempat-tempat menarik di Indonesia. Yaa ! Indonesia banyak tempat yang menarik dan banyak jugak tempat-tempat spot bergambar. Tak kisah kau pergi Jogja ke pergi Medan ke pergi mana mana yang ada di Indonesia pasti korang takkan lepaskan tempat spot bergambar untuk dimuatkan dalam media sosial.

Yakinnya si gemok tu bergambar

TEBING LANGIT SEKUPANG, BATAM (INDONESIA)

Batam merupakan salah satu bandar di Kepulauan Riau, kini dibangkitkan tempat pelancongan baru yang kecil untuk menarik pelancong, tidak mahu kalah dengan kawasan-kawasan lain.. Batam juga mengambil bahagian dalam aspek pelancongan yang korang wajib pergi bila ada di Batam.
 
 
 
Terdapat bukit di daerah Sekupang, Batam kini menjadi tarikan pelancong. Lagi-lagi bila Emas Putih dah viral kan  tempat pelancongan ni, Makin menjadi tarikan untuk para pelancong yang melawat bukit yang makin popular tu. Jika di Jogjakarta, juga terdapat seperti ini tapi berbeza di Batam yang memiliki tebing langit yang akan kita bincangkan kali ini.

SPOT FOTO, TEBING LANGIT


Tebing Langit, Sekupang merupakan tempat pelancongan di Batam yang menawarkan keindahan pemandangan semulajadi dari atas ketinggian orang. Tempat ini di buka pada 9 Februari 2018 tidak hanya menawarkan pemandangan jika korang memang peminat mengambil gambar diri sendiri. Di sinilah tempat yang sesuai jika korang sedang mencari sudut bergambar di Batam.
 
Credit : Yanty Lee
 
Menjadi salah satu rujukan pelancongan yang menyeronokkan serta untuk korang yang mahu hilangkan stress dari rutin harian yang membuatkan korang cepat tua. ehekk ! Udara di sekitar Tebing Langit pun bergantung pada cuaca. Masa aku pergi ritu panas terik yang amat. Hee! tapi membantu untuk dapatkan gambar yang helok. Walaupun panas, tapi tetap lama kat sini sampai nak magrib.  
 
Credit : William Tan
 
 
Konsep keseluruhan tebing langit mungkin agak mainstream dan mungkin terdapat banyak konsep sama seperti di kawasan lain seperti di Puncak Mustika Manik di Bogor dan di Latitude Sewu Hill, Jogjakarta. Tapi di sini masih dialu-alukan oleh penduduk dan pelancong di Batam kerana kita tak perlu jauh-jauh pergi ke sana. ye khan ye khan ye khan  
 
Hobit House
 
Credit : Hasif
 
Dah cerita pun pasal spot bergambar di sini, tebing langit ada tempat yang kontemporari yang pasti muncul di media sosial. Terdapat 11spot bergambar di sini antaranya Gua, Rumah ranting, Rumah Hobit, Pintu Langit, Bingkai Foto, Sarang Burung, karpet terbang, akuarium, belon panas dan banyak lagi. 






TIPS SETIBANYA DI TEBING LANGIT SEKUPANG


Kalau nak kan gambar pelbagai waktu, aku sarankan datang seawal pukul 4 petang sehingga 7 malam. Kenapa? Sebab korang akan dapat shoot gambar dari terang, sunset dan malam. Aku tak sampai malam. Adakah kene repeat lagi ? Sebab aku ada ternampak kalau malam lawa spot lampu dia..
Akuarium, tarikan terbaru

 
 
Sejujurnya aku tak tahu berapa harga tiket masuk dan tiket parking. Tapi aku suggest kau spend dalam Rp. 50,000 di sini. Masa di buka dari Jam 7 pagi hingga 7 malam.

-------------------------------------------
Info Lanjut:

Instagram : @Tebinglangit
Jalan Ir. Sutami, Tanjung Pinggir, Sekupang, Tj. Pinggir, 
Sekupang, Kota Batam, Kepulauan Riau 29424, Indonesia

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya
(AIR Tours & Travel)

Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919
📩 adis.adisoindoraya@gmail.com

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *
 
















4 Comments

  1. Allahu. Cantiknya pemandangan. Rasa macam tak mau balik ja lah camtu. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Waaa bestnyaaa.. Kalau pergi tempat2 nature macam ni tenang je hati..

    ReplyDelete
  3. Wah mmg cantik sgt gambar tu

    ReplyDelete