THE GOLDEN BAY HOTEL BATAM | HOTEL STRATEGIK DI BATAM

Sebenarnya tak tahu nak mulakan dengan apa cerita aku sepanjag di Batam. Lepas aku belek-belek fon, aku mulakan dengan cerita tempat penginapan aku malam pertama di Batam. Iaitu di The Golden Bay Hotel, Batam. Mujur ada PT. Adiso Indo Raya (AIR Tours & Travel), tidak le terkapai-kapai aku cari tempat tidur di sana. Boleh tahan hotel di malam pertama aku di Batam. Tempatnya strategik. Kalau malam-malam lapar, bawah ada ada kedai 24 hours macam 7eleven tuu haa.

THE GOLDEN BAY HOTEL, BATAM



The Golden Bay Hotel Batam (Indonesia) terletak di Bengkong Laut, Golden City, Pulau Batam Indonesia. Hotel ini mempunyai lebih dari 100 buah bilik bermula di tingkat bawah. Hotel ni standard hotel 3 bintang. Mungkin korang boleh jadikan The Golden Bay Hotel ni sebagai pilihan korang jika datang ke Batam, Indonesia. Tapi ikutlah kesusaian korang. Macam aku setiap malam lain-lain penginapan. Sebab, setiap tempat nak dituju bukan dekat-dekat tempatnya. 

BILIK DAN KEMUDAHAN DI THE GOLDEN BAY HOTEL



Terdapat dua jenis bilik di The Golden Bay Hotel, Batam ni. Superior Room dan Deluxe Room. Semestinya aku amik Superior Room. Disebabkan aku dapat bilik Superior Room makanya aku tak dapat tunjukkan bilik jenis Deluxe room

Dua katil single bed, dilengkapi dengan televisyen





  • Pandangan Laut Separa
  • 2 Single Bed
  • Penyaman udara penuh
  • Teh / kopi percuma
  • WiFi percuma
  • Kemudahan menyeterika
  • TV LED + Satelit
  • Panggilan pagi
  • Tuala bersih
  • Lantai kayu / parket
  • Merokok dibenarkan

RUANG LOBBY




LOKASI STRATEGIK THE GOLDEN BAY HOTEL, BATAM

  • 30 min: Hang Nadim Airport
  • 10 min: Batam Center Ferry Terminal
  • 10 min: Harbour Bay Ferry Terminal
  • 10 min: Nagoya Hill Mall
  • 10 min: Batam Center Mega Mall
  • 15 min: BCS Mall Penuin
  • Shuttle Bus to Nagoya

REVIEW THE GOLDEN BAY HOTEL BY MIMIN ADAM



Terima kasih The Golden Bay Hotel kerana menyediakan tempat yang selesa untuk bermalam satu hari di Batam. Bilik kemas dan bersih. Televisyen masih boleh tengok rancnagan artis-artis Malaysia dan Singapore. Toiletries  boleh dikatakan okay.. Sebab kami bawak kelengkapan sendiri. Cuma, pertingkatkan lagi sistem air di bilik air. Kerana kami dapat bilik air di mana air panas tidak berfungsi dengan baik. Bila sejuk, sejuk betul air nya.. Bila panas, macam melecur badan kami. 

Makanan juga okay dan boleh dipertingkatkan. Sistem kawalan dan perkhidmatan layanan jugak terbaik dan tetap berusaha untuk mempertingkatkan bagi menjaga kualiti hotel. Sedih, sebab tak dapat berjalan di sekitar hotel. Tak dapat main go cart, tak dapat main flyin fox, ehhh banyak lagi tak dapat pergi kat sekitar hotel.

------------------------------------------------

Info Lanjut :

Hubungi : +62 778 7711 666
Instagram : goldenbay_hotel

Pakej batam boleh hubungi :

PT. Adiso Indo Raya 
(AIR Tours & Travel)
Komp Ruko Botania Garden Blok D3 No 18 Batam Centre - KEPRI 29432

☎ : +62-778-7433397
📲 +62-813-64070919
📲 +62-877-64070919

Klik https://www.facebook.com/adisoindoraya, Follow & Like our Social Media AIR Tours and Enjoy :RM 10 or IDR 35,000 (Massage Voucher)
* T & C Applied *

5 Comments

  1. Cantik ruang lobi hotel ni mimin, tak nampak mcm 3 star pun nampak mewah juga ye.

    ReplyDelete
  2. Wahhh nampak besar dan cantik hotel dia..

    ReplyDelete
  3. menarik sangat. gaya memang exclusive lah ^_^

    ReplyDelete