SERVIS KERETA DATANG RUMAH DENGAN SERV APPS

Sudah tiba masanya untuk service kereta tapi tak sempat nak bawak kereta pergi bengkel. Mesti pernah terfikirkan kalau ada service kereta cod atau delivery ke tempat kita kan. Yelah, kita nak pergi bengkel pun kena cari masa yang sesuai tapi nak kena cepat pergi service kereta tu, kalau lama lama biarkan jadi rosak lain laa pulak kan. Nasib baik dah tahun 2019, aku nak review sikit pengalam pertama aku pakai aplikasi service kereta..

APA ITU SERV ?



Serv adalah platform perkhidmatan kereta di lokasi yang pelanggan pilih. Dengan Serv, kita tak perlu lagi pergi ke bengkel atau pusat servis untuk servis dan penyelenggaraan kereta berjadual kita. Walaupun kita boleh memilih sendiri tempat untuk servis kereta, SERV berpusat di MaGiC Cyberjaya, dan SERV tidak mempunyai sebarang bengkel. Mereka akan pergi ke lokasi kita, dengan syarat lokasinya mempunyai ruang kerja yang mencukupi. Antara lokasi yang paling disukai adalah di rumah, pejabat dan restoran.

KAWASAN YANG SERV COVER

Buat masa sekarang ni, SERV cuma cover Lembah Klang, Putrajaya, dengan Cyberjaya je. Sekiranya kawasan kita tak adadalam senarai, tapi kita nak tahu sama ada SERV boleh datang kat kita ke tak, jangan risau, kat bawah nanti aku akan bagi contact details SERV. Sedihkan, kawasan dia tak meluas lagi.. Harap lepas ni boleh bukak kat JOHOR. hikss..

WAKTU OPERASI SERV

Waktu operasi SERV, setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 petang setiap hari dan tertakluk kepada ketersediaan Rakan Kongsi Servis pada masa tempahan. 

CARA BUAT TEMPAHAN TEMU JANI "CAR HEALTH CHECK" DENGAN SERV


Haritu sebelum raya, aku sempat buat temu janji dengan SERV. Sebelum aku nak servis kereta,, aku nak tahu apa masalah paling kritikal kat kereta. Iye lah, dah nak raya ni kan.. Kena tahu mana yang wajib tukar dulu kan. Ni cara aku booking servis kereta di SERV Apps

1. Download apps "SERV" di play google atau di Apps Store
2. Register akaun di SERV - Register kan kereta korang sekali. Lebih dari 1 pun boleh
3. Pilih kereta yang mahu di servis


4. Lepas tu, pilih jenis servis yang diinginkan.

Kalau confident bateri kereta perlu ditukar, boleh terus tukar tak pun nak towing kereta juga SERV boleh buat
5.  Sekiranya memilih untuk servis kenderaan, next dia akan bawak kita untuk pilih salah satu atau kesemua service utama yang ada..


6. Sekiranya pilih Car Health Check, add-on service yang kau nak apa, kalau macam aku aku nak Cek kesihatan kereta dahulu.. Jadi aku just klik Next untuk process seterusnya..

7. Pilih lokasi dan masa untuk buat temu janji

hehehe, kompomm tak ada untuk lokasi ni ye anak-anak.. saje je test hari tu


8. Quotation send sampai ada status approve
9. Quotation approve lepas buat payment kena tunggu siapa yang rakan kongsi SERV yang akan datang ke kita. Nanti dia akan datang pada tepat  pada waktu yang ditetapkan..

PUAS HATI DENGAN LAYANAN DARI SERV


Waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Pada harinya, SERV akan maklumkan kepada kita bahawa dia sudah dalam perjalanan menuju ke lokasi kita. Setibanya dia di lokasi kita, mereka akan maklumkan bahawa dia dah sampai. Jadi, kita pun boleh tengok kerja diorang dengan  makan pisang goreng. Nak nak yang ada anak, tak perlu risau untuk tinggalkan anak kat rumah. Sebab kita tak perlu pergi ke mana-mana dah..








JAWAPAN DARI SERVIS CAR HEALTH CHECK OLEH SERV




Kalau zaman sekolah, dapat result peperiksaan 92% dah boleh bangga kan. Tapi kalau penjagaan kereta, selagi belum 100% jangan berangan ye untuk senang hati. Jadi, bila dah buat service check ni, Haa baru lah boleh buat appointment seterusnya untuk bagi ubat supaya dapat cegah dari berterusan. hikss

REVIEW SERV DARI MIMIN ADAM



Alhamdulillah, terima kasih SERV team untuk servis yang tip top ni. Mudah. Tak perlu risau lagi sekiranya aku dalam keadaan yang busy tak sempat nak pergi servis.. Kalau kau kerja dalam pada masa yang sama wife, yang susah nak bawak anak sekali pergi servis kereta, aku sangat suggest gunakan Apps SERV ni untuk servis kereta korang tu. 

----------------------------------------------
INFO LANJUT:

3 Comments

  1. pergh.. mudah sgt niiiii..tak payh nak tunggu berejam masa kete tgh di service

    ReplyDelete
  2. ada benda senang napa nak susah kan,terutama tuk wanita2 heheheh...siap boleh datang rumah,jimat masa dah ni....

    ReplyDelete
  3. Dah try apps ni.. memang bagus layanan diorang

    ReplyDelete