My Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Semua Jenis Kulit

Hai hai hai, hari ini aku nak kongsikan tentang pencuci muka aku yang baru dan sudah ramai mencuba pencuci muka ni iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Semua wanita termasuk aku menginginkan kulit yang sihat dan cantik. Sebab tu lah kita perlu mendapatkan pembersih yang lembut pada kulit kita tidak kira normal, kering, berminyak, sensitif dan banyak lagi. Macam aku nak kulit yang sihat dan cantik, aku gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser kerana ia membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.


99% wanita bersetuju 'Cetaphil Gentle Skin Cleanser' membersihkan dengan lembut sambil melembapkan kulit, tanpa mengikiskan minyak semulajadi kulit. 

Ramai pengguna cetaphil di luar sana memberikan feedback positif. Pada kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia pada 2018, 800 lebih ahli yang menerima dan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang setuju pada dakwaan tersebut. 
 
Ada juga yang mencuba sebab setelah muka mereka breakout teruk, mereka jumpa pakar kulit dan pakar kulit itu sendiri ada yang mencadangkan Cetaphil sebab ia selamat digunakan. Walaupun Cetaphil memberikan kesan yang perlahan, tetapi muka yang breakout tadi akan kembali normal dan cantik seperti sebelum ni. 
 
Disebabkan itulah, kalau nak kulit cantik dan sihat kena memulakan dengan mengetahui cara dapatkan kulit yang sihat. Jangan terlampau nak cepat pulih dan putih. Belum pasti produk itu bagus. 



Review Cetaphil - Pengalaman Mimin



 
Aku tahu kulit aku jenis kulit sensitif dan aku kena pastikan cleanser yang aku nak gunakan tu seharusnyalah lembut pada kulit. Kulit sensetif aku jenis kulit kering dan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini pulak memang sesuai sangat kerana ia tanpa sabun dan pewangi

Kali pertama aku cuba mencuci muka dengan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni walaupun agak pelik sebab ia memang tiada buih langsung sehingga aku bilas, kulit tak terasa tegang dan ketat. Sesetengah pencuci muka pernah aku pakai, muka aku rasa ketat selepas dicuci dan menyebabkan kulit kering makin perit dan akhirnya mengelupas kulit ni. Tapi lepas guna ni, aku dapat rasakan kulit lebih lembut

Sekiranya kalau kulit korang jenis normal, berminyak, berjerawat sekalipun, korang boleh serasikan je dengan Cetaphil cleanser ini sebab ia memang sesuai dengan semua jenis kulit. Tapi, lain pulak lah kalau kau punya kulit tu jenis sangat berminyak.. kau boleh cuba pergi pakai Cetaphil Oily Skin Cleanser. 


Paling best kebaikan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni tak tarik kelembapan kulit kita dan macam aku bagitahu tadi, 99% wanita yang dapat cuba pencuci muka ni bersetuju bahawa ia betul-betul membersihkan dan melembabkan kulit muka. Haaa! sebab itu juga ia sesuai untuk kulit bayi

Tekstur & Packaging Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Packaging sangat mesra pengguna. Ia boleh dikunci dan dibuka dengan mudah. Kalau aku bawak travel pun mudah je. Tak tumpah kat dalam beg. hikss
 
 

 

Macam aku cakap tadi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni langsung tak berbuih.. Bila tengok teksturnya pun memang lain dari cleanser yang aku pernah cuba yang kebanyakannya agak cair dan perlu dibilas dengan air sehingga berbuih. Tapi tidak pada cleanser ni. Teksturnya agak kental seperti losyen dan langsung tiada bau (fragrance-free) oleh Itu takkan merengsakan kulit muka yang sensetif aku.
 
Rupanya fragrance tu boleh menyebabkan skin irritation terutamanya pada kulit yang sensetif. Ohhh! lepas ni memang aku akan elakkan cleanser yang ada fragrance. Mula-mula je akan rasa tak selesa sebab tak biasa pencuci muka yang tak ada buih. Wangi dan berbuih pun nak buat apa kan kalau muka jadi merah dan gatal. 
 

Cara Penggunaan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini boleh digunakan dalam dua keadaan. Digunakan bersama air dan juga tanpa air. Yang menariknya, kalau musim peraya mesti air kecik. Haa, time ni lahh cuci muka tak payah bilas. hehehe. Kalau malas atau kelam kabut nak cuci muka, korang boleh pakai pencuci muka ni lepas tu lapkan dengan menggunakan cotton pad je. Mudah je.. 


Kebiasaanya, aku akan gunakan 2 kali sehari. Pada waktu pagi dan juga malam. Kadang-kadang aku pakai sebelum nak masuk tidur (biasanya terlupa) hahahahha.. 

Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

 
 


Antara kelebihan yang ada pada Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni :

● Membersih dengan lembut sambil memberi kelembapan pada kulit
● Formula yang bebas dari sabun , wangian dan lanolin
● Berkesan untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kulit yang sensitif
● Berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit
● Dermatologist mensyorkan
● Boleh remove light makeup
● Non - comedogenic ( tak menyebabkan liang pori tersumbat)
● Menyeimbangkan pH kulit
● Won't sting eyes
● Boleh di gunakan dengan air dan tanpa air

Formula mudah membantu untuk mencapai kulit yang benar-benar sihat, yang merasakan lembut dan melembapkan bukannya dilucutkan dan kering. Pembersih Kulit Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah pembersih yang diuji dermatologi yang sama-sama luar biasa untuk semua jenis kulit. Ia melindungi dan melembapkan semua jenis kulit, bukan hanya kulit yang sensitif. 

Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser dari Mimin Adam

Keseluruhan, selepas aku pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang tak nampak banyak perubahan pada kulit aku. Untuk sementara waktu ni aku tak dapat nak tunjukan perubahan tersebut sebab Cetaphil ni bukanlah untuk memutihkan kulit wajah dalam masa 3 hari. Hikss.. Tapi… aku dapat rasakan kulit aku makin kurang kering dan bebas dari mengelupas kerana aku penderita eczema. 
 
 
Sebenarnya untuk mengembalikan kembali masalah kulit kita yang terjejas ni akan mengambil masa jugak untuk membaikikan. Jadi, kau janganlah berputus asa dan teruskan sentiasa menggunakan. Ada juga aku pernah dengar, kulit dia jenis tak sesuai menggunakan Cetaphil ni.. Tapi kau dah cuba ke ? Haa tak cuba mana nak tahu lagi sesuai ke tidak. Janji analisis terlebih dahulu kulit kau jenis apa.

-------------------------------------------
Info Lanjut:

Website : https://cetaphil.com.my
Facebook Page : https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/
Shopee : https://shopee.com.my/cetaphil.os

5 Comments

  1. Banyak review kakfiza baca kata bestt Cetaphil nih. Nak kena tryy ni

    ReplyDelete
  2. I really don’t be aware generate income ended up being the following, but I
    consideration this particular article was in fact terrific.
    I would not realize who you really are and surely you are likely to some sort of popular publisher if you should aren’t without a doubt ??
    Regards!

    ReplyDelete
  3. It¡¦s really a nice in addition to important little bit of
    information. Now i am glad you shared this helpful material along with us.
    Why not keep us informed similar to this. Be grateful for sharing.

    ReplyDelete
  4. ramai kata best. nampak gaya kena try juga penjagaan macam Mimin ni

    ReplyDelete
  5. bgus bila takde buih..pastu sesuai untuk kulit yang sensitif

    ReplyDelete