HOTEL REVIEW - THE EVERLY PUTRAJAYA HOTEL BERDEKATAN DENGAN ALAMANDA PUTRAJAYA

Hai, korang tengah berancang nak stay dekat Putrajaya keteww ? Baru-baru ni aku ada menginap di sebuah hotel di Putrajaya bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya. Yeee, korang boleh jalan kaki jee nak pergi shopping kat Alamanda tu. 


THE EVERLY HOTEL, PUTRAJAYA

Lokasi hotel ini di Presint 1 bersebelahan betul dengan Alamanda Shopping Centre. Puas pusing Putrajaya boleh singgah beli barang di Alamanda, kemudian balik hotel terus tidur. Cuma 3 minit je berjalan dari lobi hotel ke Alamanda. 

Pemandangan tasik dari bilik hotel
Hotel Everly mempunyai 380 bilik tetamu, dewan boleh menempatkan 1,000 kerusi banquet. lapan bilik mesyuarat, coffee-house, cafe lounge, & termasuk kolam renang khas buat para tetamu. Yang best ada tasik di bahagian belakang hotel. Jadi mungkin korang akan mendapat bilik menghadap tasik atau Alamanda.

Pengalaman Tidur di The Everly Hotel, Putrajaya



Macam hotel yang lain, perlu buat pendaftaran untuk masuk ke bilik. Aku dapat bilik di tingkat 13. Wow ! tinggikan.. Bilik aku menghadap pemandangan Tasik. Hehehe, tak nampak kesesakan atau kesebukan bandar Putrajaya. Bilik yang aku stay tu pun sangat luas & bilik air Hotel Everly pun selesa. 

comelkan access card hotel ni !

KEMUDAHAN DI DALAM BILIK





Telefon dengan panggilan IDD
Television LED (Astro channel)
Peti sejuk mini
Coffee Maker & Microwave
Iron & iron board
Safetybox. 
Oh ye! dalam almari ni juga menyediakan tuala baju mandi serta sejadah

Dalam laci ada hair drier  

Ruang kerja & santai
katil yang selesa



Interior Hotel Everly

Simple tapi memukau mata memandang. Kerusi menunggu pun banyak yang boleh korang duduk sambil melayari internet secara percuma.

ruangan lobi
Tangga pusing menjadi tarikan di Hotel The Everly ni 
Ruang lobi yang luas dengan tetingkap yang tinggi membolehkan cahaya matahari masuk hampir seluruh kaunter check in. Tak silap aku Hotel Everly antara green hotel di Malaysia.

Tarikan menarik di The Everly Hotel

  • Swimming Pool




  • Gym



EXECUTIVE LOUNGE





BREAKFAST DI THE EVERLY HOTEL



HOTEL REVIEW THE EVERLY PUTRAJAYA - MIMIN ADAM



Haaa, amacam The Everly Hotel? Bagi aku tahap kebersihan sangat memuaskan. Kemudahan yang dia sediakan pun lengkap. Apa yang menarik untuk aku adalah gym dia sentiasa penuh dengan aktiviti serta tak sepi. Maksudnya ramai orang. Staff The Everly pula, dari mula sampai sudah layan semua dengan ramah dan sopan santun.

Parking pula, kebiasaanya kalau korang menginap di hotel ni akan diberikan parking percuma. Korang perlu datang ke kaunter untuk scan parking ticket korang. Weyhh ! dalam gambar tuu jangan percaya tau aku makan tuu je. Hahaha! aku ada je makan kuew tiaw goreng dan lain-lain. Banyak jugak. Tapi kuew tiaw dia memang tip top. 

Executive Lounge pula sebenarnya ada ruang santai keluarga. Sambil makan sambil lepak tengok tv. Biasanya korang boleh datang makan kat sini waktu petang. Menarik kan. Kebiasaan hotel hanya kasi makan pagi percuma..

Walau semuanya memuaskan, tapi ada jugak kelemahan yang aku nampak... Tapi aku rasa pihak The Everly pasti akan perbaiki dari masa ke semasa. Bilik Mimin ada Bath Tab, tapi airnya tak boleh turun. Mungkin dah loose atau entah lah dah try macam macam. Tapi tu lah, malas panggil diorg betulkan.. Sebab, masih ada shower dalam bilik air tu. Sebut pasal bilik air, sabun yang disediakan pun aku suka. kahkahkah. Sebab bau orange..

Aku sangat recommended untuk korang menginap di sini. Selesa pun selesa.. Kemudahan tip top.. Malah dekat betul dengan Alamanda Shopping Centre.

Untuk tempahan bilik, korang boleh terus book-in di laman

Hotel Everly Putrajaya
No 1, Jalan Alamanda 2,
Precinct 1, 62000 Putarajaya
Telefon : 03-8892 2929

1 Comments

  1. menarikni..dan kalau stay sini bolh ulang alik tgk wayang...hehhe jalan kaki dah sampaikan

    ReplyDelete