10 Hidangan Malaysian Yang Best Dan Berbaloi Untuk Kita Cuba!

Hai semua, macam mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) korang ? Dalam Zon mana korang? Aku kat Batu Pahat, dah Redzone. Orang Batu Pahat masih ramai lagi yang keluar rumah. Tapi majoriti keluar seorang. Jadi, aku pun masih husnuzon. Semoga Dunia kembali bebas seperti sedia kala hendah-Nya. Amin

Dalam tempoh kawalan ni, macam macam pulak menu makanan yang nak di cuba masak dan makan kan. Ada yang menu baru jarang-jarang orang buat pun ada. Buat masa sekarang ni, yang aku teringin nak makan dan susah nak masak banyak jugak. Yang western nya lain yang tempatannya lain. hahaha

10 HIDANGAN MAKANAN SEDAP TEMPATAN YANG TERINGIN NAK CUBA

#1-ASAM LAKSA

Asam laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Pada asalnya, keturunan Baba dan Nyonya ini sebenarnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Mereka telah menggabungkan budaya Melayu yang yang diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.


Gabungan unsur daripada dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. 

Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otak udang bagi menambah rasa yang lebih enak kepada hidangan ini. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang.

#2-Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun juga dikenali sebagai mee gulung yang berwarna putih dan bentuknya seakan kuey teow. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong.


Di Malaysia, Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis yang berwarna hitam. Manakala jika di Pulau Pinang pula, sosnya menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seakan-akan karamel.

Jika anda berada di Ipoh, Chee Cheong Fun biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah(bersos). Versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkan bersama kuah kari dan juga cendawan.

#3-Ais Kacang

Ais kacang yang juga dikenali sebagai ais batu campur (ABC) merupakan pencuci mulut yang popular di Malaysia. Pada awalnya ia dibuat daripada ais yang dikisar serta dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan ais kacang telah dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti buah-buahan yang membuatkannya lebih enak dan berwarna-warni.


Ais kacang ini juga turut dicampurkan dengan jagung manis, cincau, agar-agar, kacang dan juga aiskrim. Bagi melengkapkan hidangan ini, ia dicampurkan dengan susu pekat dan juga susu sejat yang dituang ke atas timbunan ais yang dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Terdapat juga yang ais kacang yang disirami dengan coklat cair bagi menambah selera.

#4 - Lok-Lok

Lok-Lok merupakan sejenis steamboat versi Cina. Ia merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air mendidih atau sup panas sehingga masak. 

Ia biasanya boleh dimakan dengan pelbagai jenis pilihan sos. Tetapi kebiasaannya ia dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa. Makanan ini boleh didapati di gerai penjaja, food truck, medan selera dan di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan Malaysia.


Antara Lok-Lok yang dijual terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti telur puyuh, kepah, kerang, sosej, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng.

#5 - Otak-Otak

Otak-Otak merupakan sejenis snek atau makanan ringan yang boleh dinikmati di Malaysia dan Singapura. Makanan ini digelar otak-otak kerana teksturnya yang lembut dan agak lembik seakan otak.


Pada kebiasaannya ia dimakan bersama dengan nasi dan ia juga boleh dimakan terus begitu sahaja. Antara bahan yang digunakan untuk membuat otak-otak ialah isi ikan, cili serta rempah ratus lain dan dibalut menggunakan daun kelapa. Ia kemudiannya dibakar di atas api sehingga masak.

#6 - Mee Kari

Mee kari merupakan hidangan yang penuh dengan perisa serta unik hasil daripada gabungan hidangan masyarakat Cina dan juga masyarakat India. Kuahnya pula dihasilkan menggunakan rempah kari yang diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina.


Hidangan ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira bangsa dan boleh didapati dengan mudah di restoran-restoran tempatan. Kuah karinya yang enak boleh dimakan bersama mee, kuey teow mahupun bihun dan mee kari juga boleh dimakan bersama cili asam atau cili jeruk.

#7-Pisang Goreng

Pisang goreng biasanya menjadi kudapan oleh para penggemarnya di waktu petang. Ia digoreng menggunakan tepung, telur, marjerin dan sebagainya bagi menghasilkan tepung yang rangup.


Pisang goreng biasanya disajikan bersama cili kicap atau sos pencicah bagi membangkitkan lagi selera. Malah, pelbagai inovasi telah dilakukan untuk memberi kepuasan semasa menikmatinya. Kini ia juga turut dimakan bersama susu pekat, keju, coklat dan sebagainya. Pisang goreng ini sememangnya digemari oleh masyarakat Melayu dan Cina. Ia boleh dibeli di gerai penjaja tempatan di serata tempat.

#8-Roti Canai

Roti Canai merupakan roti leper yang telah diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.


Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. Roti Canai ini juga mempunyai pelbagai pilihan lain seperti Roti Telur, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya.

#9-Cendol

Cendol merupakan pencuci mulut yang berasal daripada negara jiran kita iaitu Indonesia, namun ianya sangat popular di Malaysia. Ianya diperbuat dari santan kelapa, jeli hijau yang diperbuat daripada tepung beras serta berwarna hijau, ais batu yang dikisar dan gula melaka.


Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia. Ia juga turut dihidangkan bersama pulut, kacang merah dan jagung. Malah, ada juga yang menyajikannya bersama durian, nangka dan juga tapai.

#10-Nasi Briyani

Nasi Briyani merupakan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan serta sayuran. Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.


Nasi Briyani ini juga boleh didapati dengan pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia.

Menu Makanan Malaysia Memang Banyak Yang Best Best !


Malaysia ni memang banyak makanan yang best jadi tak hairanlah kenapa pelancong sendiri boleh jatuh dengan menu makanan dari Malaysia. Cuma dalam tempoh PKP ni memang agak susah juga nak ke sana ke sini untuk aktiviti jalan-jalan cari makan macam dulu.

Walaubagaimanapun, kita tetap di kira beruntung kerana kita masih boleh nikmati menu makanan kegemaran masing-masing dengan bantuan online food delivery by Foodpanda.


Dengan adanya online food delivery begini, eh memang senanglah nak makan apa pun. Macam-macam pilihan menu makanan ada kat sana. Siapkan duit je kata orang. Apapun harganya takde lah terlalu mahal. Ada saja makanan yang dalam bajet kata orang. Nak dengan tak nak saja kan.

Untuk mereka yang dah mula rasa boring dengan menu makanan yang hampir sama, bolehlah cuba-cuba gunakan servis online food delivery dari pihak Foodpanda ni. Tak kisah di mana berada kerana Foodpanda ada di mana-mana.

2 Comments