Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga alam maya. Rasa kekok sikit sebab dah lama tak keudara dalam ni. Faktor-faktor kesibukan dalam persediaan perkahwinan pada bulan 21 Mac 2020. Ya. Tarikh tersebut merupakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Perdana mengumumkan betul-betul 5 hari lagi nak majlis. Entry ini aku abadikan di sini untuk tatapan anak cucu aku kemudian hari. hahahha. Dalam sejarah okay. Persiapan yang memakan masa satu tahun dan keputusan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam untuk menangguhkan persiapan majlis.
Pengumuman telah dibuat pada 16 Mac jam 10 malam tak silap. Dalam pengumuman tersebut tidak dibenarkan mengadakan keraian termasuklah solat berjemaah di masjid. Ini bermaksud ia akan menjejaskan tarikh perkahwinan aku pada 21 Mac 2020. Dalam tempoh tersebut hanya frontliner dan essentialiner sahaja dibenarkan bertugas. Oh ye, pegawai bank pun sebenarnya wira tak didendang.
Masa ni, habis je Perdana Menteri Malaysia buat pengumuman.. semua yang aku booking untuk majlis aku dok tanya. Tapi tak ada lah semua yang tanya. Hanya DJ yang aku tempah sahaja yang lincah nak bertanya. Ayoo kakak, PM pun buat mesyuarat makan masa lebih dari sejam nak buat keputusan untuk PKP takkan lah aku nak buat keputusan dalam masa seminit. Masa ni aku nampak mana kawan-kawan aku yang tak reti jaga perasaan kawan dia dalam kesusahan. Di mana mereka ni tak reti nak bagi ruang aku untuk berfikir.
18 Mac 2020 tu merupakan hari rabu ya. Naik kerja masa hari selasa sebelum PKP dijalankan, Team head office aku pun macam tak boleh fikir situasi aku. Dah masa tu memang kepala otak aku tak ada kat tempat kerja. Aku mintak half-day untuk settled down dengan bridal juga videographer aku. Kata sepakat kami, majlis ditangguhkan. Tapi nikah untuk tempoh tersebut masih diteruskan.
Tempoh PKP bermula, aku masih bekerja. Sebab bos aku belum ada keputusan untuk close down company. Company aku merupakan pengeluaran stiker dan label. Ini bermaksud terdapat customer yang berlatarbelakangkan essential menyebabkan company masih beroperasi seperti biasa. Tapi ada langkah berjaga-jaga dijalankan seperti company aku menyediakan makanan. Di mana pekerja tidak perlu untuk keluar mencari makanan.
18 Mac 2020, aku masih datang kerja. Tapi aku dibenarkan balik rumah awal sebab ibu aku kontak rapat dengan kluster tabligh. tu haa, senarai kedua sekolah ibu aku. Tapi aku yakin kluster tabligh tu negetif sebab saringan kedua pun keputusan masih negetif. Alhamdulillah jangkaan aku masih tepat. Jadi 19 Mac dan 20 Mac memang aku ada amik cuti sempena majlis aku. Maka, aku tak fikirkan langsung prihal di office. Hahahha lantak lah sana nak close down ke tak.
Berbalik kepada persiapan perkahwinan aku, dari segi katering, DJ, kompang, aiskrim, photobooth, bridal dan lain-lain ada yang boleh ditangguhkan. Ada yang kena terima juga nak nak bab makanan cemilan. Majlis nikah tetap dijalankan. Dan Bridal telah bertimbang rasa untuk memberikan aku mini pelamin semasa pernikahan aku. Siap je pelamin di pasang, malam ada pengumuman semula dari Perdana Menteri. Di mana, sebelum ini kerajaan membenarkan untuk menjalankan majlis pernikahan yang boleh dihadir seramai 20 orang kini tidak dibenarkan pula.
Ya Allah , time ni rasa kepala nak blow-up tau. Still pakai henna paa semua sekali macam ni pulak diorang umumkan. Aku dah pening dengan photographer aku. So, aku decide photograher aku tak yah datang.. Videographer tukar kepada photograher. Alhamdulillah, terima kasih buat videograher Amirul yang tenang dari team Monopixel Projext dapat layan customer hampir gelabah macam aku ni.
Malam tu, aku berbincang dengan bapa aku dengan isu terkini. Dan dia telah bertemu dengan juru nikah pada malam tu juga. Syukur alhamdulillah, Juru nikah faham situasi di mana Wali aku yang dari Melaka pun dah ada kat Batu Pahat. Hanya juru nikah meminta untuk kami mengurangkan sehingga 10 orang max dalam satu masa.
21 Mac 2020 Pernikahan Yasmin Dan Fadhil Azhari
6.00 pagi - Terima Kasih buat Deena Ayu yang sudi datang seawal mungkin untuk merialisasikan permintaan aku walaupun aku tahu dia punya nebes masa makeup kan aku tu macam mana pergi dia. Alhamdulillah semua orang termasuklah aku berpuas hati dengan hasil dia. Still on point makeup dari kak Deena Ayu ni. Tepat jam 8.00 pagi selesai makeup.
8.00 pagi - ketibaan keluarga Fadhil, wali dan saksi. Segala persediaan langkah berjaga-jaga seperti mask, sanitizer dan sabun basuh tangan di sediakan dari aku untuk mereka yang hadir
8.30 pagi - Juru nikah aku merupakan ayah kepada Dato Noraini Ahmad Menteri Pendidikan Tinggi yang terkini tiba di teratak kami. Alhamdulillah, majlis tidak lama pun dijalankan.
9.00 pagi - lebih kurang jam 9 pagi kami sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja. Syukur alhamdulillah perkara paling wajib seudah selesai. Kami bukan selfish tak fikirkan keadaan semasa. Tapi kami fikirkan kepayahan aku untuk dapatkan wali aku. Seperti sedia maklum aku merupakan dibela oleh makcik aku dan aku merupakan anak yatim yang tidak mempunyai adik beradik lelaki juga pakcik. Yang ada merupakan pakcik sebapa dengan apak aku.
hai babashuben |
Terima kasih buat ibu bapa yang susah payah untuk jadikan majlis pernikahan ini berjalan |
Buat adik-adik yang ada di samping ketika adik beradik lain tidak dapat hadir bersama |
Juga terima kasih buat keluarga baru aku meredah segala sekatan ke sini |
Hai, pwinces Mimin. eh, hahahha Puan Yasmin sudah yee |
Kawan gaduh, terima kasih sebab boleh bangun awal |
Terima Kasih Perkhidmatan Sepanjang Majlis Mimin Madon Berlangsung
1. Bridal : Armz Collection
2. Photographer : Monopixel Projext
3. Makeup Artist : Deena Ayu
4. Henna : KH Henna Art's
2 Comments
pastinya akan jadi kenangan terindah...
ReplyDeleteselamat pengantin baru! confirm ingat sampai bila2 yer..
ReplyDelete