PHOTOSHOOT RAYA KONSEP RUMAH KAMPUNG DI KARYA CREATIVE, BATU PAHAT

Tahun lepas aku dapat merasa photoshoot raya bersama keluarga angkat dan sebahagian keluarga kandung aku di Karya Creative Studio di Batu Pahat, Johor. Aku ada juga buat entri pasal pre - photoshoot raya dengan zera tahun lepas PROMOSI PHOTOSHOOT RAYA SERENDAH RM60 DI BATU PAHAT BERSAMA KARYA CRETIVE sempena tahun pertama Karya Creative ada studio

shoot raya 2019

RAYA 2020 - KITA JAGA KITA


Tahun ni berbeza seperti tahun sebelumnya. Mana tidaknya, tahun ni kita tak dapat berkumpul sanak saudara dekat kampung akibat penularan wabak Covid-19 diseluruh pelusuk dunia. Tambah pula, aku pun dah berkawin dalam tempoh PKP tempoh hari boleh baca entry PENGANTIN BARU KETIKA COVID-19.

Pengantin PKP - kenangan betul
Cerita sedih ringkas, aku tak dapat jumpa mak, adik beradik dan anak buah kesayangan aku untuk raya 2020 ni sangatlah tak selesa. Macam tak lengkap pula. Berbeza pulak keluarga sebelah suami aku. Adik beradik dia semua ada. Kakak dia yang sulong pulak terperangkap PKP sebab balik kampung awal untuk persiapan majlis adik dia kahwin. Tak sangkalah tersangkut sampai beranak kat sini. Kakak dia yang kedua memang duduk kat rumah orang tua, adik adik dia pun masih belajar ada yang balik sebab kilang tak operasi. Jadi rezeki suami lah dapat berkumpul raya tahun ni.

PHOTOSHOOT RAYA BERKONSEPKAN KAMPUNG

Nak jadikan cerita, pepagi raya kedua suami cakap. Pergilah deal dengan memana photographer yang ada studio kita amik gambar keluarga hari ni. Alang-alang semua ada tahun ni. Biasa kakak balik Penang dulu. Haaa, cecepat lah aku survey mana bagus. Ada jugaklah survey dekat Hatta Awang Photography. Harga okay lah. Sekali teringat tahun lepas ada photoshoot raya dekan Karya Creative. Terus aku booked dengan Hanif. Hahaha, sebab apa aku booked terus kat Karya Creative tak tengok-tengok promo hari raya kat tempat lain? Biar gambar berbicara









Apa yang menariknya, Karya Creative menggunakan real replika. Bukan backdrop tau. Tapi team Karya Creative memaku menukul semua kayu kayu di belakang tu dengan pusing satu Batu Pahat untuk dapatkan barangan antik kesumanya tu.

HJ MAAT DAN KELUARGA BERAYA DI KARYA CREATIVE

Haa, ini lah hasil tangan tuan tanah kedaung yang amik. Hanif. Pengasas Karya Creative punya hasil. Lawakan. Macam suasana kampung betul. Nak nak tak boleh balik beraya ke kampung. Lepas juga raya di hati. Kira complete lahh rasanya. Giteww. Aku macam nak tepek je gambar kat dalam ni tapi takpe lah. aku gabungkan je untuk tontonan korang. hahaha



Ayah dan ibu Fadhil


Aku sangat recommend korang pergi photoshoot raya dengan Karya Creative. Sebab, korang akan terus dapat softcopy selepas berposing. Diorang takkan cucikan semua gambar tu. Tapi, korang boleh pilih pakej mengikut bingkai gambar tu nanti. Pilih laa yang paling lawa untuk di gantungkan di dinding rumah. Yang lain boleh print kan photobook. hehehe.

Dikesempatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, aku nak ucapakan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ye kawan-kawan. 
--------------------------------------------------------------
INFO LANJUT
TAMAN UNIVERSITI, PARIT RAJA
(Tingkat 2, tingkat atas Suria Arts)

Masa & Tarikh Studio :
10.00 Pagi - 10.00 Malam
TEMPAHAN ANDA : www.wasap.my/60102597971 (Hanif) 

2 Comments

  1. Cantiknyaaa backdrop dia, alahai macam dah dalam suasana rumah kampung laaa...Sis tahun ni takde ke studio, gambar kat rumah tu je laaa yang adanya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... wah, kagum dgn inisiatifnya. cantik betul lah... btw done follow.. =D

    ReplyDelete