CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN UNTUK REZEKI BERTAMBAH

Sebagai umat Islam, kita wajib mengeluarkan dua zakat setiap tahun iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Antara zakat harta temasuklah zakat pendapatan yang masih ramai tidak tahu cara membayarnya dengan betul. Dalam perancagan kewangan, kita perlulah menetapkan sasaran untuk menggandakan duit masuk dan mengurangkan duit keluar. Sesungguhnya Allah S.W.T telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan harta - HR Bukhari



Apa itu Zakat Pendapatan?

Zakat terdiri daripada zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas/perak, zakat simpanan, zakat saham, zakat KWSP dan zakat takaful. Jadi di sini, mahu membahaskan berkaitan zakat pendapatan. Kewajipan membayar zakat adalah sama dengan solat. Zakat juga merupakan salah satu lima Rujun Islam yang menjadikan kewajipan ke atas orang Islam. Di dalam Al-Quran, zakat disebut hampir 30 kali. Malah selalu disebut sekali dalam solat. Jadi, zakat adalah sama penting dengan solat dalam kehidupan kita.



Zakat Pendapatan adalah sebahagian kecil bayaran yang kita buat selepas menerima bayaran seperti gaji bulanan, tunggakan gaji, elaun, bonus atau dari sumber lain seperti kerja lebih masa atau kerja sampingan (Overtime/Part time). Begitu juga kita terima wang sewaan rumah, bangunan atau kenderaan. 

Hukum Membayar Zakat Pendapatan

Hukum membayar zakat pendapatan adalah wajib jika memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Seorang Islam yang dewasa, merdeka dan sihat akal fikiran
  2. Memiliki sepenuhnya pendapatan dan boleh menggunakan wang pendapatan pada bila-bila masa.
  3. Wang pendapatan ini mencapai nilai minimum (nisab) yang ditetapkan mengikut negeri.

Jenis-jenis Harta Pendapatan


1. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja 


Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaa yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama. Sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam. Seperti gaji, upah, bonus, pampasan, insentif, atau apa-apa sahaja yang diperoleh berkaitan dengan pekerjaan atau penggajian.


2. Zakat Harta Pemberian atau Sumbangan 

Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa. Ia berbentuk harta zakawi yang bukan dalam bentuk harta tetap al 'aqar dan bukan merupakan nafkah wajib. Seperti hibah, hadiah, pencen, sedekah, pampasan, harta pusaka atau mahar perkahwinan.


3. Zakat Harta Kerja Bebas 

Hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan majikan dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional. Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik dan sebagainya. Ia juga boleh jadi sekiranya sesorang dibayar untuk bayaran projek yang diterima seperti komisyen, bayaran royalti atau hasil tunai sekali sekala (pembayaran semula aseet atau hasil jualan aset tetap atau pinjam bank yang tiada tujuan) dan banyak kali.


4. Zakat Harta Al-Mustaghallat 

Harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi akan mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau hasil jualannya. Contohnya, hasil sewaan rumah atau bangunan, sewaan pengangkutan, peralatan dan lain-lain.


CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Pembayaran zakat pendapatan adalah sebanyak 2.5% sahaja dari jumlah pendapatan kita. Sedikit sahaja okay. dan baku pendapatan sebanyak 97.5% boleh kita gunakan. Terdapat dua cara kiraan yang boleh digunakan


  1. 2.5% dari pendapatan kasar. Iaitu tanpa potongan perbelanjaan.
  2. 2.5% dari pendapatan setelah ditolak perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri,anak, KWSP dan pemberian kepada ibu bapa. Sekiranya kita ada membuat simpanan di Tabung Haji atau Takaful juga boleh ditolak kerana badan-badan ini telah pun membayar zakat untuk sumbangan kita.

Cara paling mudah mengira bayaran zakat pendapatan adalah dengan menggunakan kalkulator zakat  di pusat zakat negeri masing-masing. Boleh klik gambar di bawah untuk ke portal kiraan di Zakat Selangor.



“Katakanlah, Sungguh, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik”.

Surah Saba’, Ayat 39

-------------------------------------
Info lanjut



2 Comments

  1. Terima kasih diatas perkongsian ini..sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Zakat bukan sekadar wajib dibayar tapi kelebihannya boleh membersihkan harta.

    ReplyDelete