RAHSIA MAKE UP DALAM MASA 5 MINIT DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE
Hai korang, Selamat Tahun Baru Cina 2021. Belum habis lagi kan Moo year. hehhe Tahun 2021 yang masih mencabar. Masih lagi keluar rumah pakai face mask. Ingatkan dah tahun 2021 keluar rumah pakai kereta terbang dah. hahahah! mungkin tahun 2022 kot. Cerita pasal keluar rumah pakai mask. Aku sampai malas nak make up kalau keluar rumah. Tapi aku tahu kulit muka aku mesti akan tampak kusam dan tak bermaya bila tak make up. Itu dah satu hal, satu perkara lagi bila sinar UV helok masuk kat kulit muka kita. aduhh tuu yang tak nak tuu. Kalau pakai make up terpaling simple keluar pakai foundation. Nahh! mesti foundation saje yang melekat dekat face mask tu. Bila aku baca semula entry lama aku SELESA MEMAKAI GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE terus aku cecepat pergi dapatkannya.
APA ITU CC CREAM ?
CC Cream Ianya berfungsi khas untuk menutup ketidak kesempurnaan yang ada di kulit. Contoh seperti bintik-bintik hitam dan merah-merah di kulit. CC Cream menawarkan lebih banyak coverage, kebanyakkan CC Cream lebih tebal dan punyai formula yang lebih berat. CC Cream diformulasi khas untuk kulit yang telah mengalami penuaan ( aging skin ) yang berfungsi untuk membantu melicinkan kulit dari garis halus dan kedutan.
MUKA TIDAK BERCAPUK DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE
Memang tak sangka, CC Cream ini lebih ringkas dan lengkap kegunananya. Tak perlu nak pakai bermacam-macam krim macam foundation ke concealer ke. Cuma pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature jee dah memadai.
Bila berpeluh atau kena air takpun kalau cuaca panas terik kat luar. Muka aku langsung tak bercapuk. Kulit nampak natural je. Bila aku pakai CC Cream ni, orang kata pecah minyak. Haa! masa tu lah muka akan lebih nampak glowing, nampak natural dan terpaling penting tak akan punyalah nampak pelik..
Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni boleh dijadikan sebagai rutin harian penjagaan kulit. Paling seronok, bila guna CC Cream ni bertindak sebagai pelindung matahari SPF50+ PA+++ dan juga mesra wuduk.
5 KELEBIHAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE
1. ALL-IN-ONE DAY CREAM
Ia bertindak sebagai semua dalam satu. Gold Nano CC Cream ni lah jadi moisturiser, sunscreen, primer, foundation dan lain-lain. Dapat jimatkan masa. kalau nak ikut satu-satu memang tak cukup masa nak bersiap. Sebab nak tunggu krim lain-lain meresap ke dalam kulit tu yang paling malas. hehehe
2. BERTINDAK SEBAGAI SUNSCREEN
Yaa! sangat membantu untuk menghalang cahaya matahari menembus ke kulit muka. Sebabnya, Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50+ PA+++ yang dapat memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Ia juga dapat mencegah peneuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
3. MENGIKUT TONA WARNA KULIT
Macam aku cakap tadi, CC Cream atau nama panjangnya Color Control Cream. Ini bermaksud krim ini akan berubah ikut warna kulit. Tak payah pening-pening nak pilih code cream yang mana sasuai. Dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni cuma ada 1 code je. Berubah mengikut tona warna kulit kita macam aku cakap tadi. Selain itu, dapat memperbaiki dan mengimbangi tona warna kulit agar nampak cerah sekata, glowing dan semestinya nampak natural je.
4. TEKSTUR YANG RINGAN DAN MUDAH MENYERAP
Tekstur ringan, mudah meresap, senang nak ratakan keseluruh muka dan tidak berminyak. Bila guna cc cream ni tak akan rasa tebal atau melekit macam sesetengah produk yang pernag aku guna. Meh aku nak kaji sikit ..
Aku buat experiment sikit. hehehe. antara pakai CC Cream Hansaegee Nature dengan tak pakai apa apa pun CC Cream |
haa! tengok tu. Warna lips aku letak dekat cc cream. Nampak lebih shine shine macam tuu kan |
Aku cuba bland color tu dekat tempat yang aku sapu cc cream tu. Ehh! lipstick tu aku rasa boleh jadi blusher. lawa gitew. heheehe! trick ni nak jimat tak payah beli blusher dah |
Okay, sesi experiment dah nak berakhir. Aku nak tanggalkan pun senang. Sekali la je dah hilang berbanding tak pakai cc cream dari Hansaegee Nature tu |
5. MUDAH BAWA KE MANA-MANA
Botolnya sangat ringan, penutup yang twist lock je tak takut tumpah sebab memang yakin takkan tumpah . Mudah aku nak bawak masuk dalam handbag.
Penutup yang twist lock buatkan cream tak mudah tumpah. |
Mudah nak bawak ke mana mana sebab tak payah bawak tools make up yang lain. Bawak beg tangan kecik ke mana-mana pun takde masalah lagi dah lepas ni |
Tambahan lain pulak cuma pakai 2 jari je pun dah boleh. Takperlu nak angkut makeup ools dah ke mana-mana untuk aku touch up bila dah keluar dari rumah. Dap-dap je dekat kulit. Sapu rata keseluruh muka lepas tu dah sambung balik jalan-jalan atau kerja.
Apa Kandungan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?
- Air Mineral – Menjaga keseimbangan PH kulit, meningkatkan keanjalan kulit. Ekstrak ‘Ipomoea Hederacea Callus Culture’ mempunyai efek anti-bakteria dan melegakan masalah kulit.
- “Colloidal Gold” – Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah jauh, mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi.
- “Niacinamide” – vitamin B3, memperbaiki dan mengecilkan liang pori dan warna kulit yang tidak sekata.
BELI SEKARANG
Untuk maklumat lebih lanjut atau nak beli Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, korang boleh layari laman web dan media sosial Hansaegee Nature ni yer.
1 Comments
Wow... terujanya... beza betul sebelum dan selepas pakai ye....
ReplyDelete