Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah masuk11 hari jugak kita berpuasa ni. Kejam celik dah nak dekat pertengahan bulan Ramadhan. Syukur alhamdulillah. Tahun ni kita dapat lagi merasa kemanisan bulan Ramadhan dengan keluarga tercinta walaupun masih tak dapat berjumpa dengan sanak saudara. Sedih pulak dah nak dekat setengah tahun tak dapat jumpa adik beradik lain. Eh! aku saja nak ingatkan korang termasuk dekat diri sendir. Jangan lupa untuk tunaikan zakat korang ya. Sekarang dunia makin canggih lagi-lagi zaman tak boleh bersentuhan. Lembaga Zakat Selangor sangat prihatin dan mengambil berat tentang peningkatan dari hari ke hari dengan kes peningkatan penularan wabak Covid-19, mereka sudah menyediakan platform zakat secara "cashless". Tak ada alasan ya tak bayar zakat.
PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:
Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin? (HR Bukhari)
KADAR ZAKAT FITRAHKadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAHWaktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya
- Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
- Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
CARA BAYAR ZAKAT CASHLESS DI PUBLIC BANK ONLINE PAYMENT
Pembayan zakat fitrah secara dalam talian di seluruh negeri Malaysia adalah digalakkan untuk membuat pembayaran menerusi platform secara dalam talian semasa dalam tempoh Kawalan Pergerakan (PKP). Pembayaran Zakat Fitrah termasuk jenis zakat lain seperti zakat harta, pendapatan dan lain-lan boleh juga buat pembayaran secara atas talian.
Cara Zakat Cashless 2021
Tunai zakat anda secara online di Public Bank
JOM ZAKAT CASHLESS SEPANJANG RAMADHAN
Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, LZS telah menganjurkan Jom Zakat Cashless Sepanjang Ramadhan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula dari Tarikh 13 April sehingga 12 Mei 2021. Korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bermanfaat dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.
Dengan hanya tiga langkah mudah
1. Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online atau branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.
2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di
http://bit.ly/zakatcashless20213.Daftar e-zakat online di
ezo.zakatselangor.com.my
-----------------------------------------------------------
Info lanjut:
Tunai zakat anda di
Telefon: 1 300 88 4343
1 Comments
Bagus lah sekarang kan. Semua benda online jer
ReplyDelete