KURTA SELESA AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF DI ANGSANA MALL JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak sangka sekejap je kita dah nak setengah bulan berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Ramadhan kali ni Mimin dapat berita baik. Sampai teruja nak cari persiapan raya. ehekk! Bukan apa, persiapan lelaki ni rumit sikit. Lagi-lagi si Mamet tu. Habis tawaf dah kat Batu Pahat. Satu baju pun tak berkenan. Okaylah takpe. bawak Mamet pergi Angsana Mall, Johor Bahru. Tempat wajib beli persiapan baju. Lama jugak keluar masuk semua butik baju raya.. Akhirnya Mamet berhenti lama dekat butik baju Aisy Asyraf dari Imam Muda Asyraf. Wah! kelas yaa pilihan. 


BAJU KURTA AISY ASYRAF DARI IMAM MUDA ASYRAF

Mimin cadangkan untuk korang datang waktu hari biasa. Bukan hujung minggu kalau nak cari yang betul-betul berkenan. Hahaha. Bukan apa, kalau korang waktu hari hujung minggu ataupun waktu kemuncak.. korang tak dapat nak tenang-tenang pilih. Baik-baik boleh amik 3 helai baju cuma amik sehelai baju je kalau datang waktu kemuncak. Lepas tu menyesal sebab beli sehelai je. Nah, nak pergi butik dah malas, terus bukak website purchase online. Dah purchase online berdebar barang sampai lambat. hehehe

Antara accessories buttang baju yang boleh didapati di Aisy Asyraf

Baju kanak-kanak juga tersedia


Korang tahu tak, Mamet terpaku tengok model-model Imam Muda Asyraf dekat banner depan kedai tu. Apa yang aku tahu, HQ Butik Imam Muda Asyraf di Bangi. Angsana Mall Johor Baharu dibuka atas permintaan ramai orang Johor dan juga Singapore. Kemudian di Seksyen 7, Shah Alam. Dan paling terbaru mereka buka di Bertam, Penang.

KOLEKSI TERBARU KOLEKSI DARI AISY ASYRAF

Bagi tahun 2021 ni, butik Aisy Asyraf mengeluarkan 3 design baju yang terdiri daripada 1 set Baju Melayu Luxamana dan 2 design baju kurta iaitu Kurta Raff dan Kurta Hatta. Material fabrik yang digunakan merupakan dari high quality cotton. Mamet pun dah cuba  ketiga-tiga baju ni. 

Kurta Raff


Yang menariknya baju Kurta Raff ni, Aisy Asyraf menyediakan 2 butang eklusif, kolar baju yang kemas, jenis semi slim fit cutting, dan yang paling penting kain yang sejuk dan selesa.

Kurta Hatta



Kurta Hatta tak lari konsep banyak dengan Kurta Raff. Apa yang beza nya dengan Kurta Raff, Kurta Hatta memilik ciri kolar cekak musang yang cantik dengan corak lipatan lipit di satu sisi dan Memiliki 1 poket di bahagian dada, Nah! Butang bajunya mana Pahh.. Butang Baju kena beli berasing ya Bang Jamil.

Baju Raya Luxamana


Antara free gift yang korang dapat bila grab Baju Melayu Luxamana

Bercirikan baju melayu tradisional. Juga cutting slim fit. Kolar musang cekak tradisional dan memiliki juga satu poket di sebelah kiri dada. Di bahagian seluar terdapat 2 poket sisi. Untuk setiap pembelian Baju Melayu Luxamana, butang baju percuma melayu dan saputangan (handkerchief).

 HOT SALES DESIGN DI BUTIK AISY ASYRAF 

Selain dari Kurta, Jubah, Baju Melayu. Batik kemeja juga turut di jual. Corak berkonsepkan batik indonesia serta corak modern menjadi pilihan para pelanggang yang bertandang. Terdapat dua jenis kemeja batik iaitu Kemeja Batik "Pak Maun" & Kemeja Batik "Dimyathi"



Dari segi material ianya seakan sama cuma pada design "Pak Maun" nampak lebih lembut dan sejuk kainnya. Dari segi corak memang aku akan pilihan Pak Maun. Kalau pegang kain je dah selesa, mesti si pemakai akan lebih selesa mungkin akan jadi basahan lepas memiliki.hihi


Kurta jenis lengan 3 suku ni sangat diminati oleh pelanggan. Walaupun bukan design terkini tapi permintaan masih tinggi. Mamet pun tak lepas peluang dari grab design lengan 3 suku ni. Semart jugak bila Mamet gayakan.

LOKASI AISY ASYRAF, JOHOR BAHRU



Lokasi Butik Aisy Asyraf di Johor Bahru terletak di dalam Shopping Complex, Angsana Mall Johor Bahru


Terima kasih Aisy Asyraf sebab sediakan pelbagai design yang super awesome sampai susah nak keluar dari Butik. Hehehe. Team Aisy Asyraf JB jugak sangat mesra pelanggan. Oh ya! kenapa aku ada sebut Imam Muda Asyraf? Sebabnya dia lah pengasas Aisy Asyraf. Aisy sempena nama anaknya Asyraf sudah tentu nama Imam Muda Asyraf. Terbaik ! tahun depan boleh follow rapat lagi. Mampu milik dan berbaloi-baloi

----------------------------------------------------------------
INFO LANJUT



Alamat: Butik Shah Alam, 18A, Tingkat 1, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
🚘 (Waze: L3.19, Aras 3 Angsana Mall, 81200, Johor Bahru, Johor)
☎️ Contact: 017-790 9869
⏰ Operation Hour Semasa Ramadan:
Seperti biasa kerana ikut garis panduan Shopping Complex Angsana Mall

3 Comments