TENANGLAH DIKAU SITI SARAH BIDADARI SYURGA BUAT SHUIB SEPAHTU

Assalamualaikum, setelah sekian lama tak ada content untuk menulis akhirnya aku meneruskan untuk menulis di sini. Tanggal 09 Ogos 2021 hari Isnin, Malaysia digemparkan berita yang membuatkan satu Malaysia emosi menerusi posting Shuib di laman sosial Instagram beliau. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). 

Siti Sarah meninggal dunia pada usia 36 tahun awal pagi ini kerana wabak COVID-19. Pada Jumaat lalu, Allahyarham melahirkan anak keempatnya menerusi pembedahan. Memperoleh syahid dalam kematian bersama redha suaminya, Shuib adalah pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah.

Sebak, terharu, merenung dan macam-macam perasaan hadir dalam diri buat mereka yang mengenali dan mengetahui kisah Siti Sarah dan Shuib. Di mana, Shuib sepahtu telah kehilangan bidadari syurganya buat selama-lamanya dengan meninggalkan empat orang anak termasuklah baby pramatang beliau. 


Satu-satu berita baik yang aku baca berkaitan amal jariah yang Arwah Siti Sarah telah laksanakan. Bukan itu je. Siti Sarah konsisten dengan penghijrahan beliau, dari pakaian yang menjolok mata ke pakaian yang longgar ke pakaian yang paling mengikut tuntutan agama kita iaitu Islam. Bukan itu je, beliau seorang yang taat pada suami nya tidak pernah sedikit pun mempertikaikan mana habisnya duit suaminya. Malah sentiasa berpesan kepada suaminya untuk sentiasa membantu orang susah. Meringankan diri untuk bersedekah.

AMBIL VAKSIN SEGERA!

Arwah Siti Sarah disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas menjalani ujian saringan apabila mengetahui pembantu rumah disahkan positif selepas peristiwa beliau membuang sampah sebentar di luar rumah dan menegur jiran serta bersalaman. 

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan telah dianugerahkan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni (10), Dzahir Talita Zahra (8), Ariq Matin (6) serta baby pramatang mereka Ayash Affan (4 hari)  yang masih di unit rawatan rapi semasa ibunya menghadap Ilahi.

Tahukah korang, tersangatlah penting vaksin ni. Tak kiralah kau muda ke kau tua ke kau sihat ke kau sakit ke. Kalau sudah menerima vaksin sekurang-kurangnya dapat mencegah virus Covid-19 merebak ke paru-paru kita.


Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita hamil dan dijangkiti Covid-19 didapati lebih cenderunguntuk mengalami komplikasi pernafasan yang memerlukan rawatan intensif berbanding wanita tidak hamil. Namun menyedihkan sebilangan ibu hamil lebih takut dengan efek vaksin berbanding dengan efek virus merbahaya ini. Sekiranya korang hamil pada 14 minggu higga 33 minggu. Segeralah ambil vaksin. Kalau masih was-was kita jadikan ikhtibar dari Arwah Siti Sarah. Aku tak rasa Siti Sarah anti vaksin. Tapi dia sudah melebih dari 33 minggu kandungan beliau yang tidak sesuai untuk menerima vaksin. 

VAKSIN SESUAI UNTUK IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU


Kalau meragui vaksin jenis mana yang sesuai untuk ibu hamil. Aku cadangkan untuk korang terima vaksin Pfizer. Hal ini kerana, vaksin jenis pfizer daripada awal WHO sudah mengatakan ianya sesuai untuk ibu hamil dan ibu menyusu. Hubungi KKM segera dan laporkan di Help Desk MySejahtera. Kerajaan sangat mengutamakan golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil dan menyusu.

-----------------------------

Sekarang bukan lagi fasa untuk mempertikaikan kewujudan Covid-19. Tapi ianya merupakan fasa amik tahu kewujudan Covid-19. Sekiranya kau percaya Covid-19 tak wujud, mengapa setiap hari kita dengar akan berita-berita pesakit Covid-19 perlu ditidurkan kerana penurunan oksygen. Malah bukan itu je, setiap hari setiap jam akan keluar di media sosial rakan kenalan kita telah menghadap Ilahi akibat wabak ini. Siapa lagi nak protect diri sendiri kalau bukan diri sendiri ? KKM pun dah tak sempat nak layan pesakit-pesakit covid-19 ni. Malas? Tak mungkin lah mereka malas. Sebab itu merupakan tanggungjawab dia untuk menyelamatkan pesakit mereka. Tetapi melebih daripada kapasiti pegawai KKM dan kemudahan menyebabkan mereka tidak dapat melayan pesakit covid-19 dengan sempurna. apa apa pun, #kitajagakita #vaksinsegera #covidisreal



1 Comments