Menyepi dan terus sepi. Itulah kali pertama bila salah sorang daripada kakak aku langsung tidak respon dan tidak sembang dalam group whatsapps adik-beradik malah group bersama emak jugak tak ada respon inikan pula group besar yang ada ipar duai dalamnya. Selalunya dialah paling aktif memberi respon dan kongsikan apa yang dia buat pada hujung minggu dengan anak-anak. Pelik dan hairan memakan masa seminggu.
KANSER PAYUDARA TAHAP 0
Sebelumnya, kakak aku tu dia ada mengadu dekat kami adik beradik lain yang breast dia ada keluar cecair bisa. Dia takut bila search di google semua ke arah kanser. Jadi dia ada juga pergi ke pakar untuk periksa bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Masayaallah, masa salah seorang dari kakak aku yang sepi selama seminggu akhirnya dia umumkan bahawa dia sah menghidap kanser payudara tahap 0.
Apa yang dia maklumkan pada kami sekeluarga, dia perlu buat MRI, pemeriksaan Gen dan buat keputusan segera untuk operate buang kanser tersebut. Diberi juga pilihan buang terus payudara atau pun buat semula payudaranya. Sekiranya pemeriksaan Gen menunjukkan keputusan bukan disebabkan Gen, kemungkinan dia tidak perlu untuk buang payudara yang sebelah begitulah sebaliknya. Kalau menunjukkan keputusan ke arah Gen... Kami adik beradik lain juga perlu jalani pemeriksaan payudara tersebut.
Apa yang dimaklumkan kos untuk buat semula payudara memakan kos hampir atau lebih RM40k dan insurance tidak akan cover. Ini bermaksud. Kalau buang sahaja, insuran baru cover. Allahu. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat kakak aku tu.
Daripada susulan rawatan, kakak aku tu kena buat keputusan cepat untuk buat operation macam yang aku maklumkan kat atas tadi. Dan tarikh tersebut lagi beberapa hari je lagi. Persediaan mental aku yakin dia tak sedia. Dia perlu taruhkan nyawa dia untuk buat keputusan. Kalau tidak dia akan bergantung pada kimoterapi dan sel kanser akan merebak pergi limpa dan juga ovari. Itulah risiko sekiranya tidak buat operation segera. Korang doakan yaa supaya urusan kakak aku ni dipermudahkan dan kembali sihat. Amin
1 Comments
Asalam..semoga segera sembuh, banyakkan sabar dan tak putus doa ya
ReplyDelete