KLANA BEACH RESORT HOTEL TEPI LAUT DI PORT DICKSON

Ini merupakan percutian singkat kali pertama buat Fayyadh Affan. Hehehe. Teruja bawak Fayyadh jalan-jalan jauh sikit dari tanah Batu Pahat. Kebetulan ada prebiu Bufet Ramadan Kibas Golek kita staycation terus 1 malam di Klana Beach Resort Port Dickson. Apa yang uniknya hotel ini, hotel ni terdapat balai cerap untuk tengok anak bulan. Wahh ! tapi aku belum ada rezeki nak masuk balai cerap tu,

 
Port Dickson ni memang banyak hotel dan resort tapi selalunya aku dengan keluarga besar  aku akan cari hotel yang selesa pada harga yang berpatutan. Memang teringin nak bermalam dekat hotel yang terkemuka dekat Port Dickson ni, tapi tunggu rasa mampu lah baru pergi situ. hehehe.
 

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

 
Hotel ini terletak dibatu ke-8 sepanjang jalan pantai Teluk Kemang yang popular. Hanya 2 jam pemanduan dengan kereta dari Batu Pahat, Johor.  Hotel ini merupakan Hotel dan Resort yang dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Haa ! sebagai sebuah hotel yang patuh Syariah.. Setiap bilikada disediakan telekung, sejadah dan kain pelikat untuk memudahkan tetamu mereka untuk menunaikan ibadah yang wajib.
 
BILIK KAMI KATIL SUPER SINGLE X2
RUANG SANTAI

KEMUDAHAN DI DALAM BILIK

BOLEH SANTAI SAMBIL PEKENA NESCAFE

TELEKUNG, KAIN PELIKAT, SEJADAH DAN STRIKA JUGA DISEDIAKAN

IRON BOARD DAN HAIRDRIER PUN ADA

Perkhidmatan mereka berikan pun sangat berkualiti dan layanan sama je. Macam balik kampun bila pakcik securiti dekat pondok jaga tu sangat ramah dan mesra bila dia bercakap untuk lihat aplikasi MySejahtera di telefon kita. hehehe.  Dari pagar pintu masuk sampai dalam hotel, kakitangan mereka akan memastikan keperluan dan keselesaan sepanjang penginapan di Klana Beach Resort, Port Dickson. 
 

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON BERHANTU?

 
wallahualambissawab. Sepanjang aku dan keluarga kecil aku menginap di Klana Beach Resort baik aku, laki aku apalagi anak aku yang baru berumur 3bulan. Lena betul tidur dekat hotel ni. Penghawa dingin dia memang sejuk. Anak aku tenang je tidur tanpa gangguan, Aku je lah kena ganggu sikit. Terganggu dengan anak mintak susu. kehkehkeh. 
 
MUKA HAPPY KENA GANGGU DENGAN FAYYADH MEMALAM MINTAK SUSU ^.^

Kalau ada tu, tak mustahil. Bukan kita je makhluk Allah atas bumi ni. "dia" pun makhluk Allah yang menumpang jugak di muka bumi Allah ni. Apapun, betulkan niat dulu sebelum mulakan perjalanan. Jangan fikirkan keseronokan sentiasa sampai lupakan lain-lain. wahh! nasihat percuma takyah bayar hah. hahaha. 

--------------------
Kalau korang belum pernah rasa Kibas. Datang lah berbuka puasa di Klana Beach Resort, Port Dickson. korang kena pekena Kibas Golek dekat sana. teringat-ingat je rasa Kibas ni kat tekak sampai hari ni.

BUFET RAMADAN CITARASA NISMILAN DI KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON
Dewasa (Harga Biasa) : RM68.00
Warga Emas : RM 30.00
Kanak-kanak : RM 30.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

Info lanjut

Hubungi +06-648 7888, +6016-6619030 atau +6016-661 9050
Website | Instagram | Facebook | Email

1 Comments

  1. Sebelum ni kalau bermalam di PD memang singgah hotel. Semenjak sepupu berpindah ke PD, setiap kali ke sana bermalam di rumah dia.

    ReplyDelete