SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA TERUS BOLEH DIMAKAN

Pencinta daging dendeng ? Tapi tak tahu cara nak masak macam mana? Sambal Daging Dendeng ready to eat korang boleh dapatkan dengan harga yang murah dan mampu nak beli. Nak rasa lebih sedap macam dah pro masak daging ni boleh cuba Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni.

SAMBAL DAGING DENDENG DARI SUMATRAA SEDAP

Aku memang pemakan daging tegar. Sebut je daging memang aku lah orang pertama yang sambar. Tapi untuk aku nak masak aku akan fikir jauh sikit sebab malas nak merebus daging tu kasi lembut dan tak liat bila di makan. Bila pekena Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni.. Perghh ! Sedap betul. Dagingnya lembut dan sambalnya ada rasa pedas yang semua orang boleh makan. 

SAMBAL DAGING DENDENG READY TO EAT

 

Daging Dendeng di pek dalam bekas plastik, kemudian di seal. Tak banyak lapisan. Cuma koyakkan dan boleh terus makan. Sesuai untuk sesiapa nak pergi travel dan pergi hiking yang mana susah nak dapatkan makanan atau susah nak masak semasa travel atau pergi hiking.

Aku sangat cadangkan kat korang untuk cuba daging dendeng ni. Sedap sangat ! Kalau korang rasa ragu-ragu nak terus makan, takde masalah kalau nak panaskan dalam kuali terlebih dahulu. Yang travel atau pergi hiking, korang boleh rendam pack Sambal Daging Dendeng ni dekat air panas. Macam korang rendam susu baby tu. hehehe 

 Bila koyakkan pek daging dendeng ni, dah tak sabar nak telan. Aroma dia memang bangkit selera. Dagingnya lembut dan tak liat langsung. Aku dapatkan 3 pek. 1 pek je aku sorang. Lagi 2 aku kongsi dengan keluarga. Haa nampak takk sedap dia macam mana. hahaha

MENU PANTAS SAHUR DAN BERBUKA DI BULAN RAMADHAN

 

Kita pun dah nak puasa, nak masak sahur pagi-pagi untuk menu pelbagai sangat memenatkan untuk bangun awal. Kalau korang buat stock Sambal Daging Dendeng sepanjang puasa nanti. Korang perlu masak nasi putih je. Nak lagi sedap tambah telur. Perghh ! mantap dah sahur korang. 

------------------------------------------------------------


 Aku tak jual. korang boleh terus ke website mereka https://sumatraafood.my/order/form/pastisedapdanteringat33 kat shopee korang search je Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni, ada agent dia jual kat sana. Kalau korang teringin nak jadi sebahagian dari agent mereka boleh rujuk info mereka yang aku berikan kat bawah ni:

 Instagram | Facebook | Website | Phone +6011-555 05825 

0 Comments