Baru tadi Mimin tengok Youtube dari Kerul Series. Banyak video informasi dari channerl KS ni sangat berguna info nya. Dari berita terkini, ke mistik ke sejarah. Mimin tertarik nak mengulas berkaitan dengan cerita berkaitan denganNoura Al Taqaqa merupakan penyanyi popular 90-an dari seorang penyanyi dari Kuwait. Cerita ni tak terkenal jadi memang tak banyak influencer dari Malaysia yang ceritakan pasal dia.
NOURA AL TAQAQA PENYANYI TERKENAL 90-AN
Noura Al-Taqaqa seorang penyanyi terkenal sekitar tahun 90-an, dia bukan penyanyi mainstream macam artis tetapi dia ini penyanyi untuk majlis kahwin, namun namanya sangat terkenal pada waktu itu setaraf dengan artis-artis mainstream.
Noura ada band dia sendiri, dia membawakan lagu-lagi klasik, undangan majlis perkahwinan yang dia terima biasanya bukan calang-calang orang. Kalau di Malaysia macam Dato’ Tan Sri.. haa kalau kat Malaysia macam Aqmal Daniel yang hanya hadir di majlis perkahwinan atau majlis-majlis dari kalangan VVIP je.
Nama Noura Al Taqaqa ini semakin hari semakin terkenal, nama makin melonjak dan tiba-tiba Noura Al Taqaqa ni menyepi macam tu je. Rasanya dah cukup serba sedikit pasal Noura ni, pada tahun 90-an itu boleh dikatakan waktu kemuncak namanya tengah naik, dia menerima banyak undangan daripada orang-orang kenamaan. Tiba-tiba namanya diam begitu sahaja, segala tempahan dia batalkan, Noura pulangkan semua wang deposit dan tiada lagi kelibatnya dalam bidang nyanyian itu.
Pihak media yang cuba menghubunginya pun tak dapat, sampailah ada seorang wartawan ini berjaya menemuramah dia.
Menurut sumber, ketika wartawan itu sampai ke rumah Noura, dia ada terbau kemenyan apabila melangkah masuk, pembantu membawa wartawan itu ke pejabat Noura yang sudah bersedia untuk ditemubual.
Bila dah sampai di pejabat Noura, wartawan itu terkejut melihat keadaan Noura, kalau diperhatikan dalam gambar di atas, Noura seorang yang berisi, tapi bila jumpa dia nampak begitu susut, malah dinding dirumahnya juga dipenuhi dengan ayat-ayat suci al-Quran.
Ketika mahu di temuduga, Noura memesan wartawan tersebut untuk tidak menokok tambah ceritanya.
DAPAT PANGGILAN TEMPAHAN DARIPADA WANITA TUA
Dari sini bermula lah kisahnya, suatu hari Noura mendapat panggilan daripada seorang wanita tua yang memerlukan perkhidmatan Noura pada malam itu juga. Pada mulanya Noura enggan menerimanya kerana Noura dan rakan-rakan kugirannya tengah cuti.
Bagaimanapun, wanita itu merayu kepadanya untuk melakukan persembahan kerana anaknya begitu minat dengan Noura, bersimpati dengan rayuan wanita itu, Noura tanpa fikir panjang minta alamat rumah wanita tersebut. Biarpun jauh dari sudut hati Noura rasa macam tak sedap hati, tapi Noura lawan rasa itu.
Nyanyi dekat majlis paling besar mereka pernah pergi
Majlis bermula pada pukul 10 malam dan mereka sampai awal, bila dah sampai mengikut alamat yang diberikan, sungguh tak diduga apabila mendapati bahawa rumah itu adalah sebuah rumah agam yang sangat besar. Dia disambut oleh seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada pengantin sebelum dibawa ke sebuah bilik khas untuk mereka berehat dan bersiap.
Selepas itu, dia didatangi oleh seorang wanita tua dan ia adalah ibu kepada pengantin yang buat panggilan itu, hati Noura jadi semakin tak sedap apabila melihat rupa ibu pengantin yang begitu pucat dan ketika salam, kulitnya begitu keras macam batu.
sumber google |
Salah seorang ahli kumpulan, Sham yang juga merupakan rakan kepada Noura berbisik kepada Noura dengan mengatakan dia tak sedap hati selepas ibu pengantin keluar. Ini kerana sewaktu ‘orang lain’ masuk ke biliknya suasana akan menjadi sangat panas.
Mula kena kacau
Kemuncak, mula perasan ada wanita muka manusia kaki kambing
Noura cuba memujuk Sham yang dalam ketakutan supaya bertahan kerana dia turut rasa perkara yang sama dan meminta semua ahli kuatkan semangat untuk teruskan nyanyian. Di sini adalah waktu paling mencabar, mereka pelik apabila melihat keadaan jadi semakin meriah, semakin lewat malam, semakin ramai tetamu, malah riak wajah tetamu yang hadir juga sangat bengis.
Rasa takut makin membara apabila mereka ketahui bahawa mereka bukan berada di majlis manusia apabila melihat salah seorang tetamu wanita yang sedang khusyuk menari itu terselak kainnya dan medapati dia berkaki kambing dan berbulu lebat.
Nyanyian Noura disambut dengan suara tetamu yang sangat kurang enak di dengar, sampai ke satu tahap, suara Noura tenggelam, bila mereka berhentikan muzik, tepukan gemuruh tetamu seperti di konsert dan semua tetamu memberikan renungan bengis kerana mahukan Noura nyanyi lagi. Mereka yang semakin berkurangan tenaga terpaksa mainkan kerana ketakutan dan nyanyian Noura juga makin sumbang kerana dah keletihan, Sham pula sudah mula pengsan namun Noura dan band dia teruskan bermain muzik.
Tetamu semakin ramai, ketika mereka cuba ambil masa rehat tak sampai 5 minit, Sham yang tersedar setelah dikejutkan merayu untuk pulang namun Noura bercakap dengan semua ahli untuk teruskan bermain untuk selamat atau bimbang jika mereka terperangkap ke alam jin dan tak boleh pulang.
SUMBER GOOGLE |
Namun ketika mereka rancak menari sambil menyanyi, tiba-tiba berhenti begitu sahaja, sambil memberikan pandangan bengis kepada Noura dan rakan-rakan. Sedikit demi sedikit mereka berlalu pergi kerana, azan subuh mula berkumandang, mereka terus bergegas lari dan bila keluar, mereka mendapati keadaan rumah itu tak sama macam mereka nampak masa baru sampai, buruk usang dan menyeramkan.
Mereka didatangi oleh seorang individu dan dalam ketakutan menunjukkan rumah tersebut, individu itu hantar pulang dan ketika dalam perjalanan semua tekad untuk berhenti daripada melakukan ‘kerja’ ini.
0 Comments