hai, entry tertangguh nak sembang baik pasal kesan selepas terima ubat MgS04 sewaktu mahu melahirkan bayi. Apa yang aku boleh cakap, Masa ubat tu di jalankan. Aku rasa ubat tu panas menjalar dalam tubuh badan. berbekalkan ilmu kosong berkaitan dengan MgS04. aku aku dengan arahan untuk ditahan wad selama 5 hari. Tujuannya adalah untuk dipantau.
Adik sepupu mimin, Houseman dekat HSNI Batu Pahat orang pertama tengok baby |
Alhamdulillah, baby tak ada langsung kompilasi semasa bersalin. Jadi aku dapat bersama baby selepas aku bertenang. Masa tu tak ada ilmu penyusuan langsung. Tak tahulah baby kenyang ke lapar.
HARI PERTAMA
Selepas bersalin, aku masih berada dalam bilik HDU. Aku masih dipantau oleh doktor pakar sehingga dibenarkan untuk masuk wad biasa. takut-takut sekiranya aku kembali dengan bacaan yang tak menarik. Alhamdulillah aku okay.. Ya. aku pun pelik macam mana aku boleh tiba-tiba ada pre-clampsia ni. masalahnya, selepas aku ditolak dari katil bersalin biasa ke katil bersalin HDU.. bacaan kembali normal sehingga sekarang.
done cucuk BCG |
alamak dah tak berapa ingat jam berapa boleh pindah wad biasa. Tapi macam dalam 12 jam je. kalau nak ikutkan dekat HDU tu kena 24jam. okaylah sikit. Masa hari pertama masih tak dapat menyusukan baby dengan sempurna.
HARI KEDUA
Hari kedua, pagi-pagi nurse dah kelam kelibut. Rupanya para pakar akan buat spot check wad dan buat pantauan pesakit. Masa ni manalah tahu kan. Mandi pun belum. Layan anak. Ehh comelnyaa kiuddnyaa dan sebagainya. Almaklumlah baru jadi mak-mak ni. Pulak anak belum ada ragam. semua okay. Dari segi najis bayi pun lancar je.
Tapi! ku sangkakan panas berpanjangan.. rupanya gerimis rupanya gerimis mengundang oh oh ohhh.. hahaha nyanyi pulak.. Ya! masih struggle menyusukan. Pagi tadi dah brief pasal teknik penyusuan pun aku masih gagal. Tak susu tu memang susah kan. masalahnya bedung pun aku gagal. hahaha. Maka petang itu, bermulalah episod bayi aku nangis kelaparan tanpa diberi belas kasihan. hahaha bunyi kejam. takde lah,, cuma kalut lah. semua urus sendiri. waris tak boleh datang ziarah. lagi pening
HARI KETIGA
Aku cerdik sikit dah. seawal jam 4 pagi dengan air sejuk dah pergi mandi sementara baby tenang dan tanpa pakai stoking selepas mandi . Untuk pengurusan diri aku dah semakin mahir. seorang demi seorang dah jadi kawan dah mommies dalam wad tu. macam macam kisah dan keluar masuk orang yang duduk di wad ni,
sentiasa kena monitor tekanan darah |
Untuk pantauan MgS04, hanya monitor kawalan tekanan darah sahaja. tiada ubat tambahan diberikan. masa ni dah tak sempat dah nak update gambar anak comelnyaa kiuddnyaa kat family. Sebab teknik penyusuan aku masih gagal. aku ada minta bawakan pam susu masa tu. Di terima tapi kena usaha pam sendiri. kah ! memang taklah mana nak suruh anak senyap mana nak pam tangan. maka menangislah bersama-sama bayi aku. hahaa.
HARI KEEMPAT
aku dapat akal malam tadi, nak mohon anak aku keluar awal sebab aku tak nak stress. Hampir jadi gila fikirkan anak tak menyusu lagi dengan kenyang. Intonasi aku minta barang kat ibu aku pun dah tak okay. kali ni aku mintak ibu aku bawakkan pam susu.
ayah first time jumpa baby |
alhamdulillah, hari keempat tekanan darah aku masih baik dan okay dan doktor pun benarkan bayi aku balik. haaa! ingatkan okay lah.. sebab tinggal 1 malam je kan. Tak weyh. Jiwa keibuan dah menebal kat dalam diri ni rupanya. nangis bila laki nak discharged kan anak. ahhahaha
tak dapat banyak, cuma dapat 1 hingga 2 oz je |
mintak nurse masukkan ke peti ais |
lepas baby balik baru rasa badan sakit |
malam, dapat hasilkan susu dengan sempurna. kaki aku selepas baby balik terus rasa lain macam. Macam nak bentan lah kot. tapi tak tahu bentan punya rasa tu macam mana. terus cecepat pakai stoking selimut dan terus tidur awal lepas dapat pam susu
HARI KELIMA
Doktor buat pantauan pagi macam biasa. Boleh pulak dia cakap aku baru hari ke empat. tapi logik lah jugak kiraan doktor tu kan. hari pertama kan 24jam masuk wad. bukan kira dari dalam wad bersalin. tapi aku buat muka comel sikit. hahaha.
daripada penuh sampai kosong wad postnatal yang pantau rapi ni |
nebes jugak takut tekanan aku kembali tak okay. aku amik inisiatif untuk bertenang dan banyakkan baring. alhamdulillah doktor pakar datang dan dia tulis report aku boleh discharge petang tu jugak.
PANTAUAN LEPAS KELUAR WAD
wah ! sampai habis 44 hari berpantang aku masih ulang alik klinik desa dan kelinik kesihatan untuk pantauan bacaan. pergh kau nak siapkan diri lepas tu nak kena angkut anak. setiap minggu. penat weyh. tapi aku bersyukur. cuma masa nak bersalin sangat je sangkut bacaan abnormal tu.KESAN PRE-CLAMPSIA
ubat wajib dapat keluar wad |
kalau czer ada cucuk2 kan, untuk yang on Mgs0p dapat ubat. alhamdulillah tak banyak |
-------------------------------------------
korang boleh baca entri aku sebelum ni untuk Pengalaman pertama melahirkan bayi dengan Pre-clampsia . Jadi lepas ni nantikan entri aku seterusnya ya..
0 Comments