Minuman Kolagen Sarang Burung Sedap dari Ecolite | Banyak khasiat yang boleh dapat bila kita minum sarang burung ni terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan, kalau macam mimin tak susah pun nak cari sarang burung ni sebab keliling rumah ni ada rumah pikat burung walit ni, tapi biasalah.. bukan mimin punya jadi masih tak susah nak cari dan banyak boleh dapatkan di pasaran. Banyak jenama terkemuka mengeluarkan Sarang burung ni. Mimin lebih suka minum sarang burung dari Ecolite ni.
Bagaimana Rasa Sarang Burung ?
Sebelum ni, Mimin ada cerita Ecolite Boostick. Korang dah cuba belum Ecolite Boostick tu ? Bagi korang yang tak pernah minum sarang burung and tertanya-tanya rasa dia macamana, rasa sarang burung ni plain je, tak rasa apa pun sebenarnya dan teksturnya macam jeli. Bila minum sarang burung dari Ecolite ni memang sedap dan banyak sarang burung yang ada dalam 1 pouch ni.
PACKAGING BARU - LEBIH MESRA PENGGUNA |
Packaging Baru Ecolite Collagen Bird’s Nest
Bagi pengguna sarang burung Ecolite semestinya sudah tahu dahulu packaging Ecolite Collagen Bird’s Nest ni dalam botol kaca. Haaa sekarang dah berwajah baru tau korang, Ecolite dah tukar packaging baru dalam bentuk pouch. Seriously qaseh happy bila Ecolite tukar packaging baru ni sebab ia lagi memudahkan dan senang nak bawa kemana-mana tanpa rasa risau ia pecah
PACKAGING LAMA - DALAM BENTUK BOTOL KACA |
BOLEH MUAT MASUK KE DALAM BEG TANGAN |
Nampak kecik je kan.. tak sangka, sebab semua masih sama hanya packaging sahaja yang berubah. Tengoklah size Ecolite Bird’s Nest yang baru ni kecil dan comel, bila dah tergopoh gapah nak keluar rumah kan tapi tak sempat nak minum, nah letak je dalam handbag dan boleh minum dalam kereta, di pejabat dan sambil borak-borak dengan kawan pun sempat je nak minum tau.
3 Perisa Ecolite Collagen Bird’s Nest
- Original
- Longan
- Lychee & Rose Syrup
Ecolite Bird’s Nest Perisa Original
PERISA ORIGINAL |
Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Cane Sugar, Water
Ecolite Bird’s Nest Perisa Longan
PERISA LONGAN |
Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Collagen Peptide Dried Longan Piece, Water
Ecolite Bird’s Nest Perisa Lychee & Rose Syrup
PERISA LAICI & ROSE |
Bahan kandungan : Bird’s Nest, Rock Sugar, Lychee Syrup, Rose Syrup, Water
1 pouch tu memang tak cukup untuk Mimin tau tak.. sedap betul.. tapi untuk pengambilan harian 1 pouch sehari dah cukup dah untuk badan kita, lagi sedap letak dalam peti sejuk dah satu hal pulak berebut pulak dengan laki. Bila dah mak pak berebut, anak pun sibuk mintak jugak. Dah berebut haa...
Khasiat Sarang Burung Untuk Kesihatan dan Kecantikan
Sarang burung adalah sejenis burung yang boleh dimakan atau lebih dikenali sebagai edible bird's nest dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan makanan eksotik dan popular sejak dulu lagu. Khususnya dalam kalangan masyarakat cina kaum Tionghua di Malaysia.
gambar contoh dari google |
Sarang burung ini juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus menjadi lebih baik.
Harga Ecolite Bird’s Nest Drink di Guardian
Harga mampu milik berbanding jenama sarang burung di pasaran yang lain !
Cara Minum Collagen Ecolite Bird’s Nest
1 pouch sekali sehari, sebaiknya minum dengan perut kosong
Waktu pagi : sebelum sarapan
Waktu malam : sebelum tidur
Jangan lupa goncang sebelum minum, lagi sedap letak dalam peti sejuk, bertambah sedap !
Mana Nak Dapatkan Ecolite Bird’s Nest ?
Korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan Guardian terdekat. Korang nak kulit kekal awet muda jugak haaa jangan lupa dapatkan di Guardian berhampiran korang.
INFO LANJUT :
8 Comments
Memang sedap !
ReplyDeletepenah minum sedapppp
ReplyDeleteDah rasa, memang bgus untuk kesihatan dan sedap rasanya
ReplyDeleteasyik lupa je nk cari. adoiiii..
ReplyDeleteBoleh cuba ni
ReplyDeletesedap kan.. sesuai nk minum selalu demi cantik dan sihat
ReplyDeleteSuka packaging gini, senang bawak travel, ringan dan tak mudah pecah
ReplyDeleteTak pernah makan sarang burung
ReplyDelete