SELAMAT TAHUN BARU 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak menulis ni rasa kekok. Mimin rancang untuk kemas kini semula blog ni. Tapi takde masa nak menghadap. Dulu siap ambil tempahan edit blog, Bila dah ada anak kecik kecik ni. Nak ke tandas pun tak sempat. hehehe.

KENANGAN MANIS 2023


Alhamdulillah, antara kenangan manis yang takkan dilupakan pada 14 Oktober 2023 lahirlah puteri sulong kami. Fayyadh Affan dah jadi abang buat Fella Aufiyya. bertambah lagi ahli keluarga kecil kami. Boleh lah rehat lama sikit sebab dah sepasang. Insyaallah kalau ada rezeki. Insyaallah dalam masa terdekat ni nak kongsikan detik lahirnya puteri sulong kami.


2023 YANG DIUJI

Fayyadh Affan budak baik ni diuji dengan paru-paru dijangkit kuman. Check-in lah kami sekeluarga di KPJ Hospital Batu Pahat selama 4hari 4malam. 


Rasa macam gagal jadi seorang mak bila tengok anak terlantar dekat hospital. Taktahu mana silapnya. Demam awal Disember 2023 dah kebah. selang seminggu sihat dari demam. tiba-tiba pagi Ahad 24 Disember Fayyadh Batuk-batuk. tengah hari terus tengok nafas dia laju. Tak cakap banyak. Takde lata dua dah dengan ayahnya,. Terus bawak pergi hospital. Kalau ayahnya tak dapat balik awal kerja pun tak kisah dah. Asalkan anak cepat-cepat dapat rawatan.

Semoga Fayyadh Affan dan Fella Aufiyya sembuh seperti sedia kala. Happy New year awak2 semua



0 Comments