Pengalaman Pertama Fayyadh Affan di Tabika Kemas Peserai – Persediaan dan Pengalaman Anak 4 Tahun
Pengalaman Pertama Fayyadh Affan di Tabika Kemas – Seharian yang Penuh Cabaran & Kegembiraan!
Nak Daftarkan Anak ke Tabika Kemas? Ini Cara Mohon & Apa yang Perlu Anda Tahu!
KEMAS adalah prasekolah awam pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, di bawah seliaan Kementerian Luar Bandar Malaysia (sebelum ini). Sila tunggu tarikh permohonan dibuka ya.
Program pendidikan KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Kanak-kanak 2 – 4 Tahun: Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
- Kanak-kanak 4 – 6 Tahun: Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)
Ibu bapa perlu mengikut syarat-syarat daftar Tabika KEMAS seperti berikut:
- Permohonan boleh dibuat oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
- Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
- Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus warganegara Malaysia.
- Permohonan perlu dicetak dan dihantar ke Tabika Kemas pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan.
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) serta rekod imunisasi.
- Borang permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar.
- Kanak-kanak haruslah berstatus warganegara Malaysia serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.
Keperluan Asas Sekolah – Checklist Lengkap untuk Ibu Bapa
Tulis Nama Anak pada Semua Barang – Elak Hilang & Jimat Belanja!Sebelum anak mula ke Tabika Kemas, pastikan semua barang keperluannya sudah siap. Paling penting, jangan lupa tulis nama anak pada setiap barang seperti beg, botol air, dan alat tulis!
Kenapa ini penting?
✔ Elak barang hilang – Jika tertinggal, mudah untuk cikgu atau kawan-kawan pulangkan.
✔ Kurangkan risiko tertukar – Barang anak tidak akan tersilap ambil oleh rakan lain.
✔ Jimat duit – Tak perlu beli alat tulis baru setiap minggu kerana barang lebih terjaga.
Dengan cara ini, ibu bapa tak perlu risau setiap kali anak ke sekolah. Senang, kan? Jangan lupa label semua barang sebelum sesi persekolahan bermula!
Sediakan barang keperluan sekolah Tabika /Tadika Kemas
Checklist Keperluan Sekolah Anak ke Tabika Kemas – Jangan Terlepas!
Sebelum anak memulakan sesi persekolahan di Tabika Kemas, ibu bapa perlu memastikan semua barang keperluan sudah lengkap. Dengan persiapan awal, anak lebih selesa dan ibu bapa tak perlu tergesa-gesa di saat akhir.
Berikut adalah senarai wajib yang perlu disediakan:
🧥 Pakaian Sekolah:
✔ Uniform Tabika Kemas (Kain atau seluar) set
✔ Tudung putih & anak tudung (untuk anak perempuan)
✔ Baju T-shirt putih (PJK) sementara dapat dari sekolah
✔ Seluar sukan
✔ Stokin & kasut sekolah
✔ Singlet atau baju dalam
✔ Kiwi kasut hitam
📚 Alat Tulis & Kelengkapan Belajar:
✔ Beg sekolah
✔ Pensel 2B & pensel warna
✔ Pengasah pensel & pemadam
✔ Pembaris
✔ Botol air
✔ Sapu tangan
✔ ubat gigi & berus gigi
Yang penting pastikan anak membawa baju salin (standby), air botol & sapu tangan ini setiap hari supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran dan terhindar daripada dimarahi cikgu. Dengan persiapan rapi, anak lebih bersemangat untuk ke sekolah!
Persediaan Anak ke Tabika Kemas – 3 Perkara Penting yang Ibu Bapa Perlu Tahu!
Sebelum anak memulakan sesi persekolahan, ibu bapa perlu memastikan mereka bersedia dari segi kebersihan, disiplin, dan kemahiran asas. Ini bukan sahaja membantu anak lebih selesa di sekolah, tetapi juga mengelakkan masalah seperti sakit, keletihan, atau sukar menyesuaikan diri.
✅ 1. Pastikan Kuku Anak Sentiasa Pendek & Bersih
Kuku yang panjang dan kotor boleh menyebabkan kuman masuk ke dalam badan ketika makan, sekali gus meningkatkan risiko jatuh sakit. Selain itu, kuku tajam boleh mencederakan diri sendiri dan rakan-rakan semasa bermain. Jadi, biasakan anak dengan rutin memotong kuku setiap minggu supaya sentiasa bersih dan kemas.
🌙 2. Ajar Anak Tidur Awal Supaya Tidak Mengantuk di Sekolah
Tabiat tidur lewat boleh menyebabkan anak mengantuk dan kurang fokus di kelas. Sebaiknya, latih mereka tidur awal sekurang-kurangnya 10 malam beberapa minggu sebelum sekolah bermula. Ini membantu mereka bangun lebih segar dan bersedia untuk ke sekolah tanpa drama!
🚻 3. Latih Anak Guna Tandas
Tandas di sekolah tidak sama seperti di rumah, jadi anak mungkin rasa kekok menggunakannya. Untuk melatih mereka, bawa anak ke tandas ketika keluar ke pusat membeli-belah dan ajar cara menggunakannya sendiri. Dengan latihan awal, mereka akan lebih yakin menggunakan tandas di sekolah tanpa rasa takut atau cemas.
Persediaan awal akan membantu anak lebih selesa dan seronok memulakan hari pertama mereka di Tabika Kemas. Jom latih anak supaya lebih bersedia!
1 Comments
Big Boy dah dia, kejap je masa berlalu. Kty rasa cam ko baru je kawin dik. Good Job Fayyah Affan semua membesar menjadi anak yang soleh dan banggakan mama juga ayah ye.
ReplyDelete